Utusan Borneo (Sabah)

Kadamaian dipilih laksana projek perintis Guna teknologi jalan raya getah

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Negeri telah memulakan projek perintis menggunaka­n teknologi jalan raya getah untuk menaik taraf jalan sepanjang dua kilometer di Kedamaian, Kota Belud.

Teknologi yang dibangunka­n dan dipatenkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dijangka dapat meningkatk­an kualiti, prestasi dan jangka hayat jalan raya.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Ewon Benedick berkata sebahagian daripada projek itu akan dibiayai oleh LGM.

Beliau berkata walaupun penerapan teknologi itu meningkat sehingga 15 peratus lebih banyak dalam kos bahan, kerajaan boleh menjimatka­n kos penyelengg­araan kerana jalan itu akan lebih tahan lama.

“Berdasarka­n pengalaman LGM di Semenanjun­g, terdapat jalan raya yang dibina dengan teknologi itu tanpa memerlukan penyelengg­araan selama dua hingga empat tahun,” katanya pada sidang media selepas sesi taklimat di pejabat KPLB pada Isnin.

LGM telah dijemput untuk memberi taklimat kepada kementeria­n itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pejabat Daerah Kota Belud mengenai teknologi jalan raya getah.

Ewon berkata kementeria­n telah memulakan taklimat itu agar mempunyai sekurang kurangnya satu jalan raya luar bandar dinaik taraf menggunaka­n teknologi berkenaan.

Katanya, untuk projek perintis di Kedamaian, LGM bersetuju untuk mengawasi kerja-kerja menaik taraf sebagai sebahagian daripada program penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D).

Sementara itu, JKR akan bertanggun­gjawab untuk aspek teknikal manakala Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) mengawasi bekalan bahan mentah untuk projek itu.

Ewon berkata satu lagi sesi teknikal akan diadakan antara KPLB, LGM, JKR, LIGS dan Pejabat Daerah Kota Belud untuk membincang­kan projek perintis berkenaan.

Katanya, inisiatif itu bukan sahaja menaik taraf jalanraya luar bandar dan meneroka kemungkina­n menggunaka­n teknologi berkenaan untuk menyelengg­ara jalan utama di Sabah, tetapi juga untuk mewujudkan permintaan getah.

Katanya, terdapat harapan untuk mendapatka­n harga yang lebih tinggi bagi getah dengan penggunaan teknologi itu dalam pembinaan jalan raya.

“Para pekebun kecil akan menikmati harga yang lebih

EWON BENEDICK

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar baik untuk getah jika kita sebagai bahan mentah di membuat permintaan melalui Sabah. pembinaan jalan raya,” Menurutnya, LGM telah katanya. membina 77 kilometer

Beliau berkata inisiatif itu jalanraya dengan teknologi juga merupakan sebahagian jalanraya getah di Semenanjun­g daripada usaha membasmi Malaysia sejak akhir tahun kemiskinan di Sabah. 2015, termasuk di Pahang,

Sementara itu, Ketua Johor, Kelantan, Perak dan Pengarah LGM, Dr Zairossani Negeri Sembilan.

Mohd Nor menjelaska­n bahawa Beliau berkata pembinaan teknologi menggunaka­n getah jalan raya menggunaka­n sebagai tambahan untuk teknologi itu dijangka meningkatk­an kualiti jalan bernilai kira-kira RM38 raya. hingga RM50 setiap meter

“Dengan teknologi ini, kami persegi, berdasarka­n kos di berharap dapat meningkatk­an Semenanjun­g Malaysia. kualiti, prestasi dan jangka Katanya, walaupun teknologi hayat jalan raya,” katanya. itu akan menanggung kos

Dr Zairossani berkata, bahan tambahan sehingga 15 LGM menggunaka­n getah peratus, kos pembinaan akhir asli dalam bentuk cuplumps bergantung kepada faktor lain di Semenanjun­g tetapi boleh seperti logistik, lokasi dan menggunaka­n papak getah penyediaan.

“Berdasarka­n pengalaman LGM di Semenanjun­g, terdapat jalan raya yang dibina dengan teknologi itu tanpa memerlukan penyelengg­araan selama dua hingga empat tahun.

 ??  ?? EWON (dua dari kanan) menunjukka­n lokasi projek printis teknologi jalan raya getah itu dimulakan.
EWON (dua dari kanan) menunjukka­n lokasi projek printis teknologi jalan raya getah itu dimulakan.
 ??  ?? EWON (tengah) ketika mengadakan sidang media. Turut kelihatan Dr Zairossani dan pegawai kanan KPLB dan JKR (kiri).
EWON (tengah) ketika mengadakan sidang media. Turut kelihatan Dr Zairossani dan pegawai kanan KPLB dan JKR (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia