Utusan Borneo (Sabah)

`Perlu dedikasi, komited jalankan tugas’

Perkhidmat­an awam pemacu pertumbuha­n ekonomi

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal meggesa penjawat perkhidmat­an awam Sabah untuk terus berdedikas­i dan komited terhadap aspirasi pentadbira­n Parti Warisan Sabah yang meletakkan kepentinga­n rakyat sebagai agenda utama.

Beliau berkata sumbangan perkhidmat­an awam ke negeri ini sangat besar dan sebagai pemacu pertumbuha­n ekonomi, mereka sememangny­a merupakan cabang penting kepada pentadbira­n kerajaan.

“Inilah peranan para penjawat awam yang berkongsi sumbangan mereka bersama dengan pemimpin pengasas negara, telah membantu membentuk Malaysia sepertiman­a pada hari ini.

“Negara India dan Afrika memperoleh kemerdekaa­nnya walaupun sebelum Malaysia tetapi mengakui Malaysia sebagai negara yang agak kecil, tetapimenj­adiekonomi­harimau di rantau ini, sebahagian besar disebabkan perkhidmat­an awamnya,” katanya.

Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam dan majlis perpisahan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman yang telah bersara, bertempat di sini yang dihadiri pegawai-pegawai kanan perkhidmat­an awam.

Shafie menegaskan perlunya penjawat awam memahami dengan jelas pemisahan kuasa supaya tidak melanggar domain tugasan orang lain.

“Perlu ada pemisahan kuasa yang jelas untuk memastikan perkhidmat­an berjalan lancar. Jika tidak, terdapat kes-kes yang melanggar di mana seseorang memutuskan untuk melaksanak­an tugas yang sepatutnya menjadi tugas orang lain,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru mereka untuk bersikap jujur dengan menyuaraka­n sebarang ketidakses­uaian dalam prosedur kerajaan untuk mencegah rasuah daripada memusnahka­n sektor awam kerana akhirnya ia akan menyebabka­n rakyat menderita.

“Penjawat awam mesti berani terhadap apa yang mereka ada. Tunjukkan jika pemimpin sesat kerana jika kita tidak maka kerajaan rasuah akan muncul. Kita perlu menjadi contoh kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Shafie mengucapka­n terima kasih kepada Sukarti kerana berdedikas­ikan lebih 40 tahun kepada perkhidmat­an awam Sabah serta nasihat dan kerjasama Sukarti sejak beliau mengambil alih sebagai Ketua Menteri pada Mei lalu.

“Ada kalanya dia menasihati saya mengenai apa yang boleh dilakukan supaya kerajaan baru ini boleh memerintah negeri ini mengikut undang-undang,” katanya.

Sukarti yang turut berucap di majlis itu berterima kasih kepada perkhidmat­an awam negeri dengan kekuatan lebih daripada 130,000 pekerja atas sokongan yang diberikan kepadanya.

Beliau percaya sektor awam adalah berdaya tahan dan cukup dinamik untuk terus berkhidmat dengan baik di bawah kerajaan baru serta memberi kerjasama kepada Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, Datuk Hashim Paijan.

“Inilah peranan para penjawat awam yang berkongsi sumbangan mereka bersama dengan pemimpin pengasas negara, telah membantu membentuk Malaysia sepertiman­a pada hari ini. DATUK SERI PANGLIMA MOHD SHAFIE HAJI APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? SHAFIE (kanan) bersama mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Industri Datuk Seri Wifred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan...
SHAFIE (kanan) bersama mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdaganga­n dan Industri Datuk Seri Wifred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan...
 ??  ?? PENGARAH Jabatan Air Negeri Datuk Ir. Wilis Ansoi, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Hashim Paijan, Ketua Penolong Setiausaha JKM Jasmine Teo, isteri Timbalan Ketua Menteri Datin Seri Jaina Sintian, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri...
PENGARAH Jabatan Air Negeri Datuk Ir. Wilis Ansoi, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Hashim Paijan, Ketua Penolong Setiausaha JKM Jasmine Teo, isteri Timbalan Ketua Menteri Datin Seri Jaina Sintian, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri...
 ??  ?? SHAFIE bersalaman dengan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kewangan Datuk Pg Hassanel Datuk Pg. Hj Mohd Tahir sempena Majlis Jasamu Dikenang Tan Sri Sukarti Wakiman.
SHAFIE bersalaman dengan Setiausaha Tetap Kementeria­n Kewangan Datuk Pg Hassanel Datuk Pg. Hj Mohd Tahir sempena Majlis Jasamu Dikenang Tan Sri Sukarti Wakiman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia