Utusan Borneo (Sabah)

KM seru rakyat amal budaya memasyarak­atkan sekolah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ketua Menteri Datuk SeriMohdSh­afieApdalm­enyeru rakyat mengamalka­n budaya memasyarak­atkan sekolah kerana institusi itu penting sebagai pusat pendidikan anakanak.

Malah, ibu bapa turut diseru supaya sentiasa mengambil tahu perkembang­an pembelajar­an anak-anak dan sentiasa memberikan kerjasama dengan pihak sekolah.

“Khususnya, dari segi perkongsia­n buah fikiran dan turut sanggup menghulurk­an sumbangan-sumbangan yang boleh meningkatk­an prestasi sekolah,” katanya.

Shafie berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Jimmy Wong sempena Majlis Perasmian Bangunan Serbaguna Yeo Wan Seng di SJK (C) Yuk Chin, di sini pada Isnin.

Menurutnya, sekolahsek­olah di negeri ini juga perlu mengamalka­n pendekatan mesra masyarakat untuk memastikan setiap aktiviti yang dilaksanak­an menerima sokongan padu.

Menyentuh hal berkaitan, beliau memuji kejayaan pentadbira­n SJK (C) Yuk Chin, Lembaga Pengurusan Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Alumni, dan warga sekolah itu kerana kejayaan membina bangunan baharu mereka sendiri.

“Hasrat murni dan usaha jawatankua­sa pembanguna­n sekolah yang bertungkus­lumus memastikan bangunan baharu ini terbina selaras hasrat transforma­si Pendidikan Negara.

“Saya percaya sekolah juga mampu menyahut seruan Kementeria­n Pendidikan Malaysia untuk memastikan akses kepada kejayaan dapat dicapai dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berharap warga sekolah itu dapat memberikan pencapaian lebih cemerlang pada masa akan datang dalam menghadapi era globalisas­i pendidikan yang lebih mencabar.

Mengulas lanjut, kewujudan bangunan baharu terbabit juga diyakini mampu menjadikan SJK (C) Yuk Chin untuk berada sebaris dengan sekolah-sekolah cemerlang yang lain.

“Saya berharap usaha warga SJK(C)YukChinaka­nmendapat manfaat dan yakin kerjasama berterusan akan meningkatk­an lagi mutu pendidikan sekolah ini,” katanya.

 ??  ?? PENGERUSI Lembaga Pengelola SJK (C) Yuk Chin, Shim Paw Fatt menyerahka­n cenderamat­a kepada Jimmy, turut kelihatan, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SJK (C) Yuk Chin, Yeo Wan Seng (dua kanan-nama bangunan baharu ini dinamakan sempena namanya).
PENGERUSI Lembaga Pengelola SJK (C) Yuk Chin, Shim Paw Fatt menyerahka­n cenderamat­a kepada Jimmy, turut kelihatan, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah SJK (C) Yuk Chin, Yeo Wan Seng (dua kanan-nama bangunan baharu ini dinamakan sempena namanya).
 ??  ?? JIMMY melepaskan belon sebagai simbolik merasmikan Bangunan Serbaguna Yeo Wan Seng, SJK (C) Yuk Chin Tawau.
JIMMY melepaskan belon sebagai simbolik merasmikan Bangunan Serbaguna Yeo Wan Seng, SJK (C) Yuk Chin Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia