Utusan Borneo (Sabah)

Amalkan proses pembelajar­an berterusan:Stephen

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Negeri Sabah, Stephen Wong Tien Fatt berkata proses pembelajar­an secara berterusan amat penting bagi kakitangan pengamal perubatan.

Menurut beliau, perkembang­an teknologi semasa dunia telah menuntut para pengamal perubatan untuk sentiasa mengemaski­ni dan memperting­katkan pengetahua­n serta kemahiran bagi memastikan para pesakit mendapat rawatan yang terbaik.

Bagaimanap­un, katanya dalam masa yang sama, peningkata­n ini tidak bermaksud bahawa ilmu pengetahua­n dan kemahiran sedia ada itu tidak lagi digunakan, sebaliknya ia akan menjadi asas dan dasar kepada pembentuka­n pengetahua­n dan kemahiran terbaharu dalam bidang perubatan itu sendiri.

“Ini semua bertujuan untuk memberikan perkhidmat­an perubatan yang lebih efektif kepada para pesakit,” katanya ketika berucap merasmikan Persidanga­n Klinikal Negeri Sabah kali ke-20 di Sabah Hotel di sini, kelmarin.

Mengulas lanjut, Stephen berkata Pembanguna­n Profesiona­l Berterusan (CPD) adalah penting dalam bidang perubatan kerana melaluinya, seseorang pengamal perubatan akan dapat memastikan kemahiran dan pengetahua­n diri sentiasa berada pada piawaian yang sepatutnya.

Selain itu, katanya CPD juga bertujuan memastikan sistem penyampaia­n dalam bidang perubatan boleh memaparkan tahap profesiona­lisme yang lebih tinggi dan baik kepada pelanggan.

“Saya melihat persidanga­n ini memberi peluang kepada pengamal perubatan untuk meningkatk­an dan mengemaski­ni pengetahua­n dan kemahiran yang dimiliki. Namun, apa yang lebih penting adalah memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentinga­n untuk terus belajar khususnya dalam bidang perubatan,” jelasnya.

Persidanga­n Klinikal Negeri Sabah bertujuan untuk memperkuku­h dan memastikan proses ke arah mencapai misi dan visi jabatan selain bertindak sebagaipla­tformkepad­apengamal perubatan untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran.

Dalam masa yang sama, persidanga­n itu dapat memberikan pendedahan dan meningkatk­an kesedaran para pengamal perubatan untuk berkecimpu­ng lebih dalam bidang klinikal.

Untuk rekod, Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan mempunyai tiga

(tiga, kanan) menyempurn­akan perasmian Persidanga­n Klinikal Negeri Sabah kali ke-20.

orang pakar perubatan kecemasan. Manakala, jumlah kedatangan pesakit bulanan di Jabatan Kecemasan HDOK Sandakan pada tahun lepas pula seramai 4,070 pesakit (Zon Merah); 21,928 orang (Zon Kuning); dan 59,873 orang (Zon Hijau).

Hadirsamad­alampersid­angan itu ialah Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi dan Pengarah HDOK Sandakan, Dr. Francis Paul.

 ??  ?? STEPHEN
STEPHEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia