Utusan Borneo (Sabah)

Dipenjara 10 tahun, dua sebat

Setelah mengaku salah cuba rogol anak jiran

- Oleh CLARICE USOP

KOTAKINABA­LU:Seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun, dikenakan penjara 10 tahun dan dua sebat, atas kesalahan cuba merogol anak perempuan jirannya.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad menjatuhka­n hukuman itu terhadap Asih Balain, 53, selepas menukar pengakuann­ya kepada bersalah.

Pada Isnin sepatutnya untuk pendengara­n perbicaraa­n kes terbabit.

Tertuduh melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 12 tahun dan menyebabka­nketakutan,pada 31 Januari 2009 jam 5 pagi, di sebuah rumah kampung, daerah Kota Marudu.

Asih disabitkan mengikut Seksyen 376 (2) (b) Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama, hukuman yang diperuntuk­kan, penjara antara lima tahun hingga 15 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwara­ya Wan Farrah Farriza Wan Ghazali mengemukak­an fakta kes, yang menyatakan satu laporan polis dibuat pengadu mengenai kejadian terbabit.

Semasa pengadu sedang tidur, tiba-tiba badannya ditindih tertuduh yang mengatakan, “Kalau kau mahu hidup tanggalkan pakaian kamu” sambil memegang pisau.

Bertindak pantas, pengadu menikam belakang tertuduh dengan menggunaka­n sebilah pisau, yang dirampas daripada tertuduh.

Tertuduh terus melarikan diri ke kawasan hutan, kejadian terbabit turut dilihat adik pengadu yang berada di rumah pada waktu itu.

Bertindak atas maklumat, pada 31 Jun 2009 jam 1.40 petang, polis membuat tangkapan terhadap tertuduh.

Pengadu yang dirujuk ke hospital mengalami kecederaan ringan pada lutut kiri.

Semasa rayuan, peguam Syazali Donald Abdullah yang mewakili tertuduh, memohon hukuman anak guamnya diringanka­n.

“Tertuduh pesalah pertama dan pengakuan salahnya menjimatka­n masa dan kos mahkamah.

“Selain itu, tertuduh mempunyai empat anak dan kini sangat menyesal dengan perbuatan yang dilakukann­ya,” katanya.

Wan Farrah menegaskan, hukuman berat harus dijatuhkan dengan mengambil kira keseriusan dan kekerapan kesalahan.

“Mahkamah perlu mengutamak­an kepentinga­n awam, semasa kejadian mangsa hanya berusia 12 tahun, seorang kanak-kanak harus dilindungi bukan dicederaka­n,” tegasnya.

Azreena memerintah­kan Asih menjalani tempoh pemenjaraa­n bermula dari tarikh sabitan.

“Tertuduh melakukan kesalahan itu terhadap mangsa berusia 12 tahun dan menyebabka­n ketakutan, pada 31 Januari 2009 jam 5 pagi, di sebuah rumah kampung, daerah Kota Marudu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia