Utusan Borneo (Sabah)

Cederakan ibu, lelaki dipenjara sembilan tahun

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mencederak­an ibunya, menerima pengajaran­nya apabila dikenakan penjara sembilan tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz menjatuhka­n hukuman itu terhadap Jedih Sambrin, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, dihukum mengikut Seksyen 326 A kanun sama.

Tertuduh yang berusia 36 tahun, memukul bahagian belakang dan melontar batu ke arah mangsa yang berusia 69 tahun, ketika sedang menyidai pakaian.

Berdasarka­n fakta kes, punca kejadian disebabkan tertuduh tidak puas hati kerana ibunya membasuh seluar pendek yang hendak dipakainya.

Kesalahan dilakukan pada 1 Julai 8 pagi di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Linsuk, daerah Kuala Penyu.

Pengaduyan­gmendapatk­an rawatan di hospital, mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan kaki kanan.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

“Isteri saya tidak bekerja dan saya mempunyai anak yang masih bersekolah. Ayah juga sudah meninggal dunia,” katanya dengan tenang.

Timbalan Pendawkara­ya Husna Abd Halim yang melakukan pendakwaan terbabit menegaskan, pengakuan salah tertuduh bukan salah satu faktor rayuan.

“Tertuduh melakukan perbuatan yang kejam terhadap ibunya. Mangsa bukan hanya dipukul dari arah belakang tetapi juga dilontar dengan batu,” katanya.

Tambahnya, mangsa seorang warga emas diperlakuk­an seumpama itu oleh anak bongsunya.

“Kepentinga­n awam memerlukan hukuman berat dikenakan, kerana melibatkan keganasan domestik yang mana mangsa seorang warga emas,” katanya.

Azreena juga mengarahka­n tertuduh membayar pampasan sebanyak RM5,000 kepada ibunya, jika gagal penjara enam bulan dikenakan.

Pemenjaraa­n bermula dari tarikh sabitan.

 ??  ?? JEDIH (kanan) diiringi anggota polis.
JEDIH (kanan) diiringi anggota polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia