Utusan Borneo (Sabah)

Rompak kedai runcit: Bekas jurujual dipenjara tiga tahun, satu sebatan

-

KUALA LUMPUR: Seorang bekas jurujual dihukum penjara tiga tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Isnin kerana merompak wang RM2,000 hasil jualan rokok milik peniaga kedai runcit, tahun lepas.

Hakim Hasbullah Adam menjatuhka­n hukuman itu terhadap Tengku Asmawi Tengku Alaudin,42, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraa­nnya dan memerintah­kan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 27 Sept 2017.

Tengku Asmawi didakwa bersamasam­a tiga yang masih bebas telah merompak wang hasil jualan rokok tidak sah berjumlah RM2,000 milik Muhammad Yusuf Yakob di Kedai Runcit Usop Jamu, Lot 236-F Lorong Keramat Dalam 7 Off Jalan Kampung Datuk Keramat, di sini pada 8 pagi, 22 Ogos 2017.

Bapa anak dua itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon hukuman setimpal kerana kesalahan itu serius selain mengambil kira kepentinga­n awam.

Bagaimanap­un, tertuduh menerusi peguamnya Zulkifli Awang merayu hukuman ringan atas alasan dia kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun dan lima sebatan di Penjara Kajang atas kesalahan sama.

“Anak guam saya benar-benar telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi, dengan hukuman yang telah dilalui oleh anak guam saya…dia memohon maaf kepada mahkamah atas perbuatann­ya itu,” katanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tiga hingga lima lelaki telah datang ke kedai itu dan mengakui mereka sebagai pegawai kastam.

Mereka kemudian memaklumka­n mahu melakukan pemeriksaa­n kerana mengesyaki kedai mangsa menjual rokok yang tidak sah iaitu belum mendapat kelulusan kastam.

Semasa pemeriksaa­n itu, kumpulan lelaki berkenaan mengambil duit simpanan kedai mangsa sebanyak RM2,000 lalu melarikan diri dan mangsa kemudianny­a membuat laporan polis di balai polis berdekatan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia