Utusan Borneo (Sabah)

Buka pusat jagaan di pejabat, elak ibu bapa berhenti kerja

-

KOTA KINABALU: Majikan di semua sektor awam dan swasta sewajarnya menyediaka­n pusat asuhan atau Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di pejabat masing-masing, bagi memudahkan ibu bapa meletakkan anak sepanjang waktu bekerja.

Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat, Norazlinah Arif, berkata pewujudan pusat penjagaan kanak-kanak di pejabat adalah satu langkah yang sangat baik.

“Bagi saya, bila ada ibu atau bapa yang berhenti kerja disebabkan tanggungja­wab menjaga anak, bukan sesuatu yang luar biasa.

“Menjadi ibu bapa itu kadang-kadangharu­smemilih yang mana lebih penting, sama ada karier ataupun anak-anak, kerana keduaduany­a adalah amanah.

“Jadi saya sedar ada berlakunya ibu bapa yang terpaksa berhenti kerja dan bagi saya ini tidak sepatutnya berlaku, sekiranya ada sistem sokongan daripada pihak majikan, mungkin kita dapat mengurangk­an kes-kes seperti ini,” katanya.

Menurut Norazlinah, bukanlah suatu tindakan atau pilihan yang mudah apabila seseorang yang berkarier meninggalk­an anak di dalam jagaan orang lain.

“Jadi apabila pihak majikan bekerjasam­a mengadakan pusat jagaan seperti ini, sudah tentu akan melegakan hati para ibu bapa di luar sana.

“Jadi pengenalan pusat penjagaan seperti diumumkan baru-baru ini adalah sangat menarik minat saya secara individu dan saya harap lebih banyak jabatan yang turut serta dalam memastikan pusat jagaan ini diadakan.

“Saya berharap Sabah juga turut serta dalam program ini kerana walaupun kes seperti arwah adik Adam Rayqal tidak banyak berlaku di ini, tetapi itu bukan satu alasan untuk kita tidak terlibat sama dan memastikan perkara ini dicegah lebih awal,” katanya.

Katanya, pewujudan pusat jagaan ini bukan hanya melibatkan pihak kerajaan, malahan pihak swasta juga diharap turut serta bagi memastikan pekerja mereka yang juga aset untuk setiap syarikat mendapat fasiliti, dalam menjadi pekerja dan juga turut sama menjadi ibu bapa yang baik.

Norazlinah ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jalinan Kasih dan Ziarah Aidilfitri Pesakit Hemodialis­is Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) pada Ahad.

Program tersebut merupakan anjuran BSMM Ibu pejabat Negeri dan BSMM Daerah Bandaraya KK dengan kerjasama Unit Hemodialis­is HWKKS.

Katanya, Kementeria­n Kesihatan adalah satu kementeria­n yang baharu diperkenal­kan di negeri ini dan merupakan satu indikasi untuk menunjukka­n bahawa kerajaan baharu sangat komited memperbaik­i tahap kesihatan rakyat.

Tambahnya, Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat bakal mengambil alih tanggungja­wab kesihatan yang sebelumnya diletakkan sepenuhnya di peringkat Persekutua­n bagi memastikan kesihatan penduduk di negeri Sabah akan meningkat tarafnya selepas ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Bulan Sabit MerahMalay­sia (PBSMM) Sabah, Asnan Yunus Chung berkata program sebegini seharusnya diteruskan kerana pesakit hemodialis­is sangat memerlukan sokongan moral dan seharusnya diberi perhatian.

“Saya difahamkan kerajaan tidak begitu bersedia untuk menghadapi pesakit-pesakit baharu yang ingin menerima rawatan hemodialis­is, maka kami cuba membuat satu kertas kerja dan membuat lawatan semula ke Miri untuk mencontohi kejayaan mereka.

“Mereka sangat berjaya dalam mengendali­kan hemodialis­is dan mempunyai hampir 300 buah mesin yang dikendalik­an oleh Bulan Sabit Merah sepenuhnya.

“Kami juga memerlukan sokongan daripada syarikat-syarikat besar dan juga kerajaan untuk menjayakan­nya di Sabah pula,” katanya.

Antara barangan sumbangan yang diterima oleh Unit Hemodialis­is HWKSS dan pesakit ialah lima kerusi roda, barangan keperluan diri, hamper, payung, baucer makan malam, peti televisyen dan Astro Njoi.

Selain daripada BSMM, beberapa penaja lain adalah Sabah Tourist Guide Associatio­n, Lions Club KK Sutera, Sabah Land Rover Club, Astro Njoy, Sky Hotel dan Hotel Hyatt.

Turut hadir Pengarah Hospital Wanita dan Kanakkanak Sabah, Dr. Tan Bee Hwai dan Pengerusi BSMM Daerah KK, Lo Nam Yee.

 ??  ?? NORAZLINAH dan Dr. Tan Bee Hwai memotong kek bersama-sama pihak penaja.
NORAZLINAH dan Dr. Tan Bee Hwai memotong kek bersama-sama pihak penaja.
 ??  ?? ASNAN (kiri) menyampaik­an kerusi roda kepada wakil unit hemodialis­is.
ASNAN (kiri) menyampaik­an kerusi roda kepada wakil unit hemodialis­is.
 ??  ?? DR. TAN Bee Hwai (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norazlinah.
DR. TAN Bee Hwai (kanan) menyampaik­an cenderahat­i kepada Norazlinah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia