Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan kesihatan perlu bijak laksana inovasi

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Kakitangan kesihatan di negeri ini perlu terus bijak melaksanak­an inovasi untuk sama-sama memperting­kat khidmat kepada pesakit yang memerlukan terutama berkaitan rawatan awal yang diperlukan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi, berkata kakitangan kesihatan tidak seharusnya bergantung kepada pihak kementeria­n sahaja, sebaliknya perlu tampil dengan idea kreatif dalam memberikan khidmat rawatan terbaik.

Katanya, seperti sudut latihan pra hospital atau (PHASE-HospitalAm­bulance Simulation Exercise), Unit PHCAS (Pre-Hospitalca­re and Service) dan Unit UPLK (Unit Perkhidmat­an dan Latihan Kecemasan), pewujudan unit latihan atas inisiatif atau inovasi warga kesihatan itu dilihat amat bersesuaia­n dengan kehendak dan keperluan jabatan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Simulasi Latihan Ambulan (PHASE) dan Pra Hospital di Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan pada Isnin.

PHASE merupakan inovasi Dr. Sabariah Faizah Jamaluddin­daniadilak­sanakan bersama Dr. Aehtoosham Suleimanda­n pasukannya. Idea itu timbul selepas Dr. Sabariah melihat wujud potensi ambulans lama yang dilupuskan untuk dijadikan sebagai PHASE.

Dr. Christina memuji inovasi PHASE itu kerana ia sekaligus memberi manfaat kepada petugas paramedik dan perubatan untuk melakukan latih tubi berkaitan khususnya dalam membantu rawatan awal pesakit sebelum dihantar ke hospital.

Terdahulu, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Dr. Aethoosham berkata, unit PHCAS diwujudkan pada 2016 dan pada Januari 2018, ia dipindahka­n ke bangunan berdekatan jabatan kecemasan dan trauma HDOK Sandakan di bangunan lama.

Katanya, pada asalnya, unit itu sebahagian dari Jabatan Kecemasan dan Trauma, namun ia dipisahkan selaras dengan keperluan agar peranannya dapat dilakukan secara berkesan.

Kemudahan PHCAS tidak hanya meliputi pengambila­n pesakit di luar hospital melalui panggilan kecemasan tetapi juga meliputi pasukan paramedik yang bersedia pada bila-bila masa seperti bencana dan situasi pelbagai cabaran di lapangan.

Manakala inovasi PHASE itu pula sedikit sebanyak akan membantu latihan paramedik kecemasan akan ketepatan masa menyelamat dan kesiapsiag­aan sepanjang masa.

 ??  ?? CHRISTINA bersama warga kesihatan menyaksika­n simulasi menyelamat oleh petugas paramedik.
CHRISTINA bersama warga kesihatan menyaksika­n simulasi menyelamat oleh petugas paramedik.
 ??  ?? CHRISTINA (enam, kanan) ketika merasmikan PHASE hasil inovasi Dr. Sabariah dan dilaksanak­an bersama Dr. Aehtoosham dan pasukannya.
CHRISTINA (enam, kanan) ketika merasmikan PHASE hasil inovasi Dr. Sabariah dan dilaksanak­an bersama Dr. Aehtoosham dan pasukannya.
 ??  ?? AEHTOOSHAM (dua, kiri) bersama Dr. Sabariah mempamerka­n ambulans lama yang telah dilupuskan tetapi diinovasi menjadi PHASE.
AEHTOOSHAM (dua, kiri) bersama Dr. Sabariah mempamerka­n ambulans lama yang telah dilupuskan tetapi diinovasi menjadi PHASE.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia