Utusan Borneo (Sabah)

Pesara ATM digalak sertai persatuan

Bagi memudahkan kerajaan salur bantuan disediakan JHEV ATM

- Oleh SALMAN ABADI

RANAU: Pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atau bekas tentera khususnya di daerah ini digalakkan mendaftar untuk menyertai Persatuan Veteran (PV) ATM.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan Datuk Abidin Madingkir berkata ia penting bagi memudahkan pihak kerajaan menyalurka­n bantuan atau pertolonga­n yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM. Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Persatuan Veteran ATM Cawangan Ranau, di Dewan Terbuka Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ranau, pada Sabtu.

“Tahniah kepada semua Ahli Jawatankua­sa (AJK) dan ahli Persatuan Pesara Veteran ATM Ranau yang berjaya mengadakan Mesyuarat

ABIDIN (tiga kiri) menyerahka­n kad keahlian PV-ATM kepada ahli baharu PBTM Cawangan Ranau.

Agung Tahunan Kali Ke-5 ini serta menjayakan serentak dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Beliau juga mengucapka­n tahniahata­spelantika­nbarisan AJK yang baharu dan percaya AJK tersebut akan lebih memantapka­n lagi hala tuju serta kerjasama dalam persatuan itu.

“Saya harap, para pesara atau bekas tentera yang belum mendaftar sebagai ahli hendaklah mendaftar dalam persatuan ini (PV-ATM) supaya apa-apa bantuan atau sumbangan kerajaan untuk mereka, senang disalurkan atau diurus tadbir melalui persatuan,” kata Abidin.

Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Ranau atau Persatuan Veteran itu telah diluluskan penubuhann­ya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 28 Jun 2013 dengan melaksanak­an tanggungja­wab berpanduka­n Undang-undang Malaysia, Akta 740 Akta Veteran 2012, iaitu Perlembaga­an Bekas Tentera Malaysia yang diluluskan pada 21 Februari 2012.

Walaupun Cawangan PVATM Ranau baru lima tahun ditubuhkan tetapi komitmen dan kerjasama ahli persatuan setanding dengan persatuan yang lain.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan Bahagian Persatuan Veteran ATM Negeri Sabah Maracius Miki, Pengerusi Tetap PV-ATM Cawangan Ranau Jabay Surugau, Ketua Cawangan PV-ATM Cawangan Ranau juga Naib 1 PV-ATM Negeri Sabah, Ruhimin Japar.

Pada majlis itu, Abidin

“Saya harap, para pesara atau bekas tentera yang belum mendaftar sebagai ahli hendaklah mendaftar dalam persatuan ini (PV-ATM) supaya apa-apa bantuan atau sumbangan kerajaan untuk mereka, senang disalurkan atau diurus tadbir melalui ” persatuan. DATUK ABIDIN MADINGKIR Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan

turutmenye­mpurnakana­cara penyampaia­n kad keahlian bagi ahli berdaftar, bantuan cermin mata dan sumbangan kepada ahli Veteran Orang Kurang Upaya (VOKU).

 ??  ?? AHLI Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Ranau bergambar kenangan bersama Abidin Madingkir (duduk tengah, tiga kanan) sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5, PBTM Ranau.
AHLI Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Ranau bergambar kenangan bersama Abidin Madingkir (duduk tengah, tiga kanan) sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-5, PBTM Ranau.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia