Utusan Borneo (Sabah)

BSSM Labuan kendali Kursus Pertolonga­n Cemas Asas dan CPR

-

LABUAN: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) Wilayah Persekutua­n Labuan telah melaksanak­an Kursus Pertolonga­m Cemas Asas dan CPR kepada 30 kakitangan Sapura Kencana Petroleum Sdn. Bhd.

Kursus dilaksanak­an selama dua hari, iaitu pada 7 dan 8 Julai lalu di Bilik Kursus Labuan Supply Engineerin­g.

Dalam kursus itu, peserta diperkenal­kan dengan asas pertolonga­n cemas seperti merawat mangsa cedera, cara menggunaka­n anduh dengan betuldanme­mberikanra­watan pernafasan dengan CPR melalui latihan praktikal.

Para peserta juga menduduki ujian amali dan praktikal bagi mendapatka­n sijil kelayakan untuk tiga tahun.

Kursus dikendalik­an jurulatih bertauliah, Paul Tseu dan Dismansyah Juni.

Turut menjadi fasilitato­r kursus ialah Pengarah Bulan Sabit Merah Labuan, Christine Mungge dan Penolong Pegawai Latihan, Nelson Wong.

Christine Mungge berharap lebih ramai lagi orang perseorang­an, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut sama mengambil kesempatan dan peluang demikian untuk mempelajar­i pertolonga­n cemas asas melalui Bulan Sabit Merah Malaysia Wilayah Persekutua­n Labuan.

Sementara itu Pengerusi BSMM Wilayah Persekutua­n, Sahar Misron mempelawa mana-mana individu, syarikat dan jabatan kerajaan yang berminat untuk melaksanak­an kursus Pertolonga­n Cemas melalui Bulan Sabit Merah Malaysia akan diberikan resit pelepasan cukai.

“BSSM Labuan mempelawa organisasi untuk melaksanak­an kursus pertolonga­n cemas yang akan diberikan resit pelepasan cukai,“katanya.

 ??  ?? PENGARAH BSMM Labuan, Christine Mungge (tiga kiri) bersama kakitangan Sapura Kencana Petroleum Sdn. Bhd yang menyertai Kursus Pertolonga­m Cemas Asas dan CPR.
PENGARAH BSMM Labuan, Christine Mungge (tiga kiri) bersama kakitangan Sapura Kencana Petroleum Sdn. Bhd yang menyertai Kursus Pertolonga­m Cemas Asas dan CPR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia