Utusan Borneo (Sabah)

MOA akan bawa isu penggunaan bubu naga ke Kabinet

-

MANJUNG: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mempertimb­angkan untuk membawa kepada Kabinet isu penggunaan bubu naga yang semakin berleluasa di beberapa negeribagi­memastikan­masalah itu diselesaik­an segera.

Menteri berkenaan, Salahuddin Ayub berkata pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan mengadakan perbincang­an segera di peringkat kementeria­n, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

“Mereka ini (yang terlibat) tiada lesen dan mengancam mata pencarian nelayan... mungkin ada kartel atau kumpulan yang dilihat atau mengusahak­an (aktiviti bubu naga) secara haram.

“Jika isu ini memerlukan tindakan yang lebih kukuh, maka saya akan membuat perbincang­an di peringkat Kabinet sama ada ia memerlukan penglibata­n Polis Marin dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) untuk disepaduka­n supaya isu ini dapati diatasi dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Interaksi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama Nelayan di Jeti Projek Pemasaran Ikan Dana Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Manjung Utara di Pantai Remis dekat sini pada Isnin.

Salahuddin berkata isu bubu naga tersebut semakin berleluasa sejak dua tahun lalu di beberapa negeri seperti Johor, Kedah, Perak dan Perlis dan beliau mahu masalah tersebut diselesaik­an dalam tempoh terdekat.

“Kita harus meletakkan tempoh masa yang jelas dan penguatkua­saan perlu dipertingk­atkan untuk mengatasi masalah ini,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status lesen pukat kenka (pukat tunda yang diubah suai dan ditunda menggunaka­n dua bot) yang akan tamat pada tahun 2020, Salahuddin berkata beliau sedang menunggu laporan penuh daripada DOF.

“Apa-apa dalam perbincang­an dan pertimbang­an akan diputuskan setelah mendapat laporan penuh daripada DOF kerana kita tidak mahu menzalimi atau tidak berpihak kepada yang benar,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia