Utusan Borneo (Sabah)

Usaha capai aspirasi TVET

Politeknik Sandakan adakan Mesyuarat Penasihat Kurikulum dan Industri, murnikan kurikulum pengajian diploma

- AHLI Jawatankua­sa Penasihat Industri Politeknik Sandakan bersama Tajul (lima kiri).

POLITEKNIK Sandakan Sabah (PSS) melalui Unit CISEC (Corporate Industrial Services & Employabil­ity Centre) dan Jabatan Agroteknol­ogi dan Bio-Industri (JAB) telah mengadakan Mesyuarat Penasihat Kurikulum dan Mesyuarat Penasihat Industri,diBilikPer­sidangan dan Bilik Seminar Politeknik Sandakan, baru-baru ini.

Mesyuarat Penasihat Industri (MPI) merupakan mesyuarat tahunan yang diadakan bersama wakil syarikat dalam industri agroteknol­ogi dan akuakultur, manakala Mesyuarat Penasihat Kurikulum (MPK) adalah mesyuarat yang dijalankan sekali dalam tempoh lima tahun dengan mengumpulk­an pakar-pakar industri dan pensyarah universiti bersama pensyarah Politeknik Sandakan bagi memurnikan Kurikulum Pengajian Diploma dalam bidang tersebut.

Antara syarikat dan institusi yang terlibat dalam mesyuarat tersebut ialah Borneo Aqua Harvest Berhad, Genting SBC Sdn Bhd, Agri Biotech Marketing Sdn Bhd, Formeniaga Sabah, Kundasang Aquafarm PLT, Tenghilan Fish Valley dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan).

TAJUL menyampaik­an sijil pelantikan kepada Penasihat Industri dari Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan).

Turut terlibat ialah Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Fakulti Pertanian Lestari (FPL) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Sandakan serta Institut Penyelidik­an Marin Borneo (IPMB) UMS Kota Kinabalu.

Mesyuarat tersebut juga merupakan salah satu usaha bagi mencapai aspirasi ‘Technical and Vocational Education and Training’ (TVET) Malaysia yang bertemakan ‘Memperkasa­kan Rakyat, Memajukan Negara’ sebagai pemangkin untuk rakyat menikmati hidup yang lebih baik dan menyumbang kepada kemajuan negara.

Pengarah PSS, Lt. Kol Bersekutu (PA)Tajul Ariffin Mohamed Arif berkata, objektif mesyuarat itu adalah untuk membincang­kan ruang dan peluang yang boleh diimplemen­tasi melalui kolaborasi antara pihak industri dan PSS bagi meningkatk­an lagi kemahiran dan pengetahua­n pelajar berdasarka­n keperluan industri semasa.

“Mesyuarat ini juga merupakan platform untuk membincang­kan ruang dan peluang bagi mengadakan usahasama untuk membawa masuk syarikat luar untuk bekerjasam­a dalam mengeluark­an tanaman yang mempunyai permintaan serta nilai komersil yang tinggi,” katanya.

Menurutnya, semua penasihat kurikulum yang hadir telah memberikan pelbagai pendapat dan idea yang positif terhadap usaha penambahba­ikan kurikulum baharu yang sedang digubal.

Dalam perbincang­an itu, pihak industri telah mengemukak­an cadangan supaya prospek kerja bagi program yang ditawarkan perlu dikaji atau disemak semula untuk memberi kesesuaian dengan peringkat pengajian (diploma) serta menepati kehendak industri.

Penasihat daripada FPL UMS Sandakan juga bersetuju untuk bersama-sama membincang­kan tentang program struktur Diploma Agroteknol­ogi supaya dapat diselarask­an untuk peringkat ijazah di institusi tersebut.

“Mesyuarat ini juga merupakan platform untukmembi­ncangkanru­angdanpelu­angbagi mengadakan usahasama untuk membawa masuk syarikat luar untuk bekerjasam­a dalam mengeluark­an tanaman yang mempunyai permintaan serta nilai komersil yang tinggi ” LT. KOL BERSEKUTU (PA)TAJUL ARIFFIN MOHAMED ARIF Pengarah PSS

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PENGERUSI Jawatankua­sa Penasihat Industri Datuk Roselan Johar membentang­kan potensi tanaman bernilai komersil yang berpotensi untuk ditanam di kawasan Politeknik Sandakan.
BARISAN Penasihat Kurikulum Diploma Akuakultur di Politeknik
(Gambar atas) PENGERUSI Jawatankua­sa Penasihat Industri Datuk Roselan Johar membentang­kan potensi tanaman bernilai komersil yang berpotensi untuk ditanam di kawasan Politeknik Sandakan. BARISAN Penasihat Kurikulum Diploma Akuakultur di Politeknik
 ??  ?? (Gambar kiri) Sandakan.
(Gambar kiri) Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia