Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Pesta Magahau peringkat Zon Kota Marudu 2018 meriah

-

MATUNGGONG: Sambutan Pesta Magahau Zon Kota Marudu yang diadakan di Pentas Terbuka Kg Bintoson mendapat sambutan hangat.

Perasmian sambutan itu dilakukan oleh Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah P. 168 Kota Marudu merangkap Ketua Penyelaras Parti Warisan Sabah Dun N. 4 Matunggong Barlus Mangabis.

Turut hadir Timbalan Presiden SAMORA, Jose Modsinupu, Jominit Kobuhi (Timbalan Ketua penyelaras Warisan Dun matunggong dan naib bahagian P. 168), Jotiol Madjamam (Setiausa Penyelaras Warisan Dun Matunggong), Ruhini Andong (Timbalan Pengerusi Penyelaras Pesta Magahau Zon Kota Marudu merangkap Pengerusi MGM Induk ), Fredey Bongirun (Pengerusi Monurizak Zon Kota Marudu), Flemie Emie Binsew, KK Maralim dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi SAMORA.

Pelbagai acara tradisi dipersemba­hkan termasuk acara utama iaitu Mitarab Gimpuhut Momogun (MGM) atau pertanding­an ratu cantik, Monurizak (nyanyian), Hontira (sukan tradisi), mengupas kelapa menggunaka­n tangan dan gigi dan lain-lain.

Angglen Jakus muncul sebagai Gimpuhut (Johan) MGM (pertanding­an ratu cantik) 2018. Clealissa Johanis dan Viana Mojikol masing-masing muncul sebagai Naib Johan dan tempat ketiga. Mereka akan mewakili Zon Kota Marudu ke Pertanding­an MGM Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 31 Julai 2018.

Bagi acara Monurizak (nyanyian), Medkhatu Simpong (Johan), Helex Keduman@ Sumbing (Naib Johan) dan Enley Wong (tempat ketiga) yang akan mewakili zon Kota Marudu ke pertanding­an peringkat negeri.

Clealissa Johanis juga dinobatkan sebagai Miss Popular FB & Miss Popular Zon Kota Marudusele­pasmendapa­tundian terbanyak dari pengunjung .

Selain acara MGM & Monurizak, sambutan tahun ini juga menyaksika­n pengenalan acara baru iaitu Pertanding­an Rekaan Sundatang bermotif rekaan Rungus dan pertanding­an Monundatan­g (bermain Sundatang).

Selain Zon Matunggong, terdapat enam zon lain lagi yang turut mengadakan sambutan Pesta Magahau tahun ini. Zonzon tersebut ialah Zon Kota Marudu yang akan diadakan pada 8 Julai 2018, Zon Kudat (14 Julai 2018), Zon Beluran (20 Julai 2018), Zon Pitas (21 Julai 2018), Zon Kota Kinabalu (21 Julai 2018) dan Zon Lembah Klang / Semenanjun­g (tarikh belum ditetapkan).

 ??  ?? ACARA sambutan Pesta Magahau Zon Kota Marudu.
ACARA sambutan Pesta Magahau Zon Kota Marudu.
 ??  ?? JOHAN MGM, Angglen Jakus (duduk) bersama Clealissa Johanis (kiri) dan Viana (kanan).
JOHAN MGM, Angglen Jakus (duduk) bersama Clealissa Johanis (kiri) dan Viana (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia