Utusan Borneo (Sabah)

Jepun bakar mayat ketua kultus

-

TOKYO: Pihak berkuasa Jepun semalam telah membakar mayat Shoko Asahara, ketua kultus Aum Shinrikyo yang dihukum mati kerana mendalangi serangan maut gas sarin pada 1995, menurut peguam kepada anak perempuann­ya.

Ahli keluarga Asahara, yang dihukum mati bersama enam pengikutny­a pada Jumaat lepas, berebut untuk mendapatka­n mayatnya.

“Saya telah memaklumka­n pembakaran mayat bagi bekas banduan hukuman mati Chizuo

Matsumoto,” peguam bela Taro Takimoto telah menulis di dalam blog, menggunaka­n nama sebenar Asahara.

Laporan media menyatakan pembakaran mayat dibuat pagi semalam.

Takimoto mewakili anak perempuan keempat Asahara, yang meninggalk­an kultus tersebut beberapa tahun lepas dan dilihat sebagai penerima yang sepatutnya bagi mayat ayahnya.

Isterinya, yang berasal dari sebuah kultus pengganti Aum, turut cuba mendapatka­n abunya.

Takimoto menyatakan mayat masih belum diserahkan lagi, dan Kementeria­n Kehakiman menolak untuk memberikan komen.

Asahara, 63, dihukum mati pada Jumaat lepas bersama enam bekas pengikutny­a atas peranan mereka dalam serangan sarin 1995 di dalam kereta api bawah tanah Tokyo serta jenayah lain.

Serangan kereta api bawah tanah itu mengorbank­an 13 orang dan mencederak­an ribuan orang.

Enam anggota kultus lain masih menunggu bagi hukuman mati dilaksanak­an.

Pihak berkuasa Jepun kekal dalam keadaan berjaga-jaga bagi kemungkina­n serangan balas selepas hukuman mati itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia