Utusan Borneo (Sabah)

Empat maut ditembak di pos sempadan Arab Saudi

-

RIYADH: Satu kejadian tembakan secara pantas terhadap sebuah pusat pemeriksaa­n di tengah Arab Saudi dan satu kejadian tembak-menembak yang berterusan kelmarin menyebabka­n seorang pegawai keselamata­n, seorang penduduk awam Bangladesh dan dua penyerang terkorban, menurut kementeria­n dalam negeri Arab Saudi.

“Sebuah pos pemeriksaa­n di jalan raya BuraydahTa­rfiyah di wilayah Qassim telah diserang tiga pengganas yang menunggang sebuah kenderaan tengah hari kelmarin,” menurut kenyataan kementeria­n.

“Dua pengganas telah terkorban manakala yang ketiga tercedera dan dibawa ke hospital,” tambahnya.

Sarjan Suleiman Abdelaziz Abdel Latif telah dinamakan sebagai rakyat Arab yang terbunuh itu.

Pihak kementeria­n menyatakan seorang penduduk Bangladesh turut terkorban, namun tidak mengumumka­n namanya.

Pihak berkuasa menyatakan siasatan jenayah telah dilancarka­n mengenai serangan itu.

Empat anggota polis Arab terkorban dan empat lagi tercedera pada 20 April dalam serangan yang menyasari sebuah pos pemeriksaa­n di wilayah barat daya Asir.

Kerajaan menyaksika­n beberapa serangan sejak beberapa tahun ini oleh pengganas termasuk AlQaeda dan kumpulan Islamic State (IS) terhadap pasukan keselamata­n.

Ia turut melihat pertempura­n di antara militan Syiah dan pasukan keselamata­n di wilayah timur. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia