Utusan Borneo (Sabah)

Enam askar Tunisia terkorban

Konvoi pasukan keselamata­n diserang hendap periuk api

-

TUNIS: Enam anggota pasukan keselamata­n Tunisia terkorban kelmarin dalam serangan pengganas berhampira­n sempadan dengan Algeria, menurut kementeria­n dalam negeri dalam insiden paling berdarah seumpamany­a di negara itu sejak dua tahun.

Cawangan Al-Qaeda di Maghreb Islam (AQIM) yang berpusat di Tunisia pada lewat kelmarin telah mengaku bertanggun­gjawab atas serangan itu.

Serangan muncul ketika Tunisia sedang mengharapk­an musim pelanconga­n terbaiknya sejak beberapa serangan pengganas pada 2015 menyebabka­n jumlah pelancong menurun.

Satu pasukan peronda sempadan pengawal negara di kawasan Ain Sultan di wilayah sempadan Jenduba terkena serangan hendap periuk api yang mengorbank­an enam ejen pada jam 11.45 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan daripada kementeria­n.

Jurucakap kementeria­n Jeneral Sufyan al-Zaq menyatakan letupan sebagai serangan pengganas dan penyerang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamata­n selepas periuk api meletup.

“Operasi penggeleda­han telahdilak­ukan,”menurutZaq, yang sebelum ini memberitah­u lapan pengawal terkorban dalam serangan itu.

AQIM menyatakan pejuangnya telah meletupkan bahan letupan di atas dua kenderaan musuh dan bertempur dengan mereka, mendakwa sembilan anggota tentera telah terbunuh, menurut kumpulan SITE yang mengawasi aktiviti pengganas dalam talian.

“Kami menyedari peperangan terhadap keganasan akan menjadi lebih panjang,” pemangku menteri dalam negeri Ghazi Jeribi berkata dalam televisyen negara, sambil menambah bahawa tiga anggota pasukan keselamata­n turut tercedera dalam serangan itu.

“Kami akan memasuki kubu persembuny­ian pengganas dan kami akan membalas dendam bagi rakyat Tunisia,” menurut Jeribi, yang diarahkan untuk pergi ke Jenduba.

Opacara penghormat­an untuk mangsa diadakan semalam di Tunis.

Serangan terbaharu kemungkina­n akan memburukka­n krisis politik di Tunisia, di mana Perdana Menteri Youssef Chahed yang baru-baru ini memecat menteri dalam negeri sebelum ini, berdepan tentangan daripada sekutunya sendiri.

Serangan kerap berlaku di sepanjang sempadan Algeria, namun inilah kali pertama dalam tempoh dua tahun pasukan keselamata­n mengalami kematian seramai itu.

Kementeria­n luar Algeria mengecam dengan tegasnya serangan pengganas, sementara Kesatuan Eropah menyatakan ucapan takziahya dan menjanjika­n sokongan penuh kepada Tunisia dalam perjuangan menentang keganasan.

Kementeria­n hal ehwal luar Perancis turut mengecam serangan tersebut dan menyatakan ia akan bersama rakyat dan pihak berkuasa Tunisia pada saat yang sangat sukar ini.

Serangan kelmarin menandakan serangan paling berdarah di Tunisia sejak serangan pada Mac 2016 terhadap bangunan keselamata­n di pekan sempadan Ben Guerdane di Libya.

Serangan itu telah membunuh 13 orang anggota pasukan keselamata­n dan tujuh orang awam.

Industri pelanconga­n Tunisia masih menerima kesan daripada rangkaian serangan kemusnahan pada 2015, termasuk serangan di muzium National Bardo di Tunis dan satu lagi yang menyasarka­n sebuah pusat peranginan pantai di Sousse yang mengorbank­an 59 pelancong asing dan seorang pengawal Tunisia.

Pada Mei, Menteri Pelanconga­n Selma Elloumi Rekik menyatakan industriny­a sedang menjalani pemulihan.

“Pelancong kembali ke Tunisia disebabkan oleh keselamata­n, kami berada di peringkat yang sama (bagi keselamata­n) seperti mana-mana bandar Eropah,” menurut beliau.

Sejak kebangkita­n pada 2011 yang mengguling­kan diktator Zine El Abidine Ben Ali, serangan pengganas di Tunisia telah mengorbank­an puluhan anggota pasukan keselamata­n dan pelancong asing.

Sejak kejatuhan Ben Ali, sekurang-kurangnya 127 militan dan 118 anggota tenteram, pengawal negara, dan anggota polis telah terkorban di wilayah barat laut, menurut statistik yang dirangka penganalis­is Matt Herbert dan disiarkan pada Jun oleh Carnegie Endowment for Internatio­nal Peace.

“Serangan baharu ini menunjukka­n masih terdapat bahagian di mana masalah keselamata­n masih belum diselesaik­an,” beliau memberitah­u kelmarin, sementara menegaskan majoriti kawasan Tunisia masih lagi selamat.

Negara tersebut berada di bawah perintah darurat sejak November 2015, ketika pengeboman­nekadyangd­iakui IS di Tunis mengorbank­an 12 pengawal presiden. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? RAKAN-RAKAN sekerja menangis sambil mencium mayat salah seorang anggota pasukan keselamata­n Tunisia yang terkorban dalam serangan hendap periuk api pengganas di Ain Sultan, wilayah sempadan Jenduba, yang dipindahka­n ke hospital Charles Nicole di Tunis, kelmarin. — Gambar AFP
RAKAN-RAKAN sekerja menangis sambil mencium mayat salah seorang anggota pasukan keselamata­n Tunisia yang terkorban dalam serangan hendap periuk api pengganas di Ain Sultan, wilayah sempadan Jenduba, yang dipindahka­n ke hospital Charles Nicole di Tunis, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia