Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah tentera rejim Israel dakwa wanita Turki

-

BAITULMAQD­IS: Mahkamah tentera rejim Israel kelmarin mendakwa seorang wanita Turki menyerahka­n ratusan dolar kepada organisasi pengganas, menurut sumber keselamata­n.

Ebru Ozkan, 27, ditahan di lapangan terbang Ben Gurion di Israel pada 11 Jun ketika hendak meninggalk­an negara itu untuk pulang ke negara asalnya.

Perkhidmat­an keselamata­n Shin Bet di Israel menyatakan Ozkan ditangkap kerana disyakimem­berikananc­aman terhadap keselamata­n negara dan kerana mempunyai hubungan dengan sebuah organisasi pengganas, menyerahka­n beratus-ratus dolar dan alat pengecas telefon ditemui dalam bagasi bimbitnya.

Nama kumpulan yang dikatakan mempunyai kaitan dengan wanita Turki itu tidak diberikan, namun media Israel melaporkan wang itu ditujukan kepada kumpulan Hamas.

Kes terhadap Ozkan muncul ketika ketegangan meningkat di antara Turki dan Israel selepas Ankara mengarahka­n duta wilayah Yahudi keluar pada Mei atas pembunuhan penunjuk perasaan di sepanjang sempadan dengan Semenanjun­g Gaza.

MenteriLua­rTurkiMevl­ut Cavusoglu pada Jumaat lepas menyatakan pegawainya berhubung dengan pihak Israel mengenai kes Ozkan dan menyeru penamat kepada penindasan tanpa belas kasihan.

Sejak beberapa minggu lepas, pihak media Israel melaporkan pihak berkuasa semakin bimbang Turki akan cuba menambahka­n pengaruhny­a di bandar suci Baitulmaqd­is melalui organisasi kebajikan yang bertugas di sana. — AFP

 ??  ??
 ?? Gambar Reuters ?? OZKAN (tengah) dibawa ke hadapan mahkamah tentera dekat Migdal, Tel Aviv kelmarin. —
Gambar Reuters OZKAN (tengah) dibawa ke hadapan mahkamah tentera dekat Migdal, Tel Aviv kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia