Utusan Borneo (Sabah)

Wanita British maut angkara Novichok

-

LONDON: Pihak polis British telah melancarka­n siasatan pembunuhan kelmarin selepas seorang wanita mati akibat terdedah kepada agen saraf Novichok di barat daya England, empat bulan selepas bahan kimia yang sama digunakan terhadap seorang bekas pengintip Rusia dalam serangan yang dipercayai didalangi Moscow.

Perdana Menteri Theresa May menyatakan beliau berasa khuatir dan terkejut dengan kematian Dawn Sturgess, ibu tiga anak berusia 44 tahun, dan menyampaik­an takziah kepada keluarga mangsa.

Sturgess dan seorang lelaki yang dikenali penduduk tempatan sebagai Charlie Rowley, 45, jatuh sakit pada hujung minggu lepas di Amesbury, berhampira­n pekan Salisbury di mana bekas ejen menyamar Sergei Skripal dan anak perempuann­ya Yulia diserang dengan Novichok pada Mac dan beransur pulih sejak itu.

Novichok adalah agen saraf gred tentera yang dihasilkan Soviet Union semasa Perang Dingin.

Britain dan para sekutunya menuduh Rusia cuba membunuh Skripals, menimbulka­n penafian dengan kemarahan serta mencetuska­n krisis diplomatik antarabang­sa.

Pihak polis menyatakan mereka akan dibantu berdasarka­n bukti namun mengesahka­n hubungan di antara kes Amesbury dan serangan Salisbury sebagai garisan utama inkuiri.

Menteri dalam negeri Sajid Javid pada minggu lepas telah menuntut jawapan daripada Moscow, menyatakan beliau tidak akan menerima Britain menjadi kawasan pembuangan racun.

Rusia membalas balik dan mengecam Britain sebagai bermain permainan politik yang kotor.

Pasangan British itu dipercayai terdedah kepada Novichok gara-gara menguruska­n barangan yang tercemar, dengan spekulasi menyatakan mereka mungkin menguruska­n kontena yang digunakan untuk menyerahka­n agen saraf kepada Skripals.

Bagaimanap­un, pihak polis dan pegawai kesihatan awam menegaskan risiko terhadap orang awam yang lebih meluas masih rendah.

Perdana menteri menyatakan: “Pihak polis dan pegawai keselamata­n sedang berusaha sedaya upaya mendapatka­n fakta bagi insiden ini, yang kini dalam siasatan sebagai satu kes pembunuhan.”

Penolong Pesuruhjay­a Neil Basu,ketuapolis­antikegana­san di Britain, menyatakan kematian Sturgess sebagai mengejutka­n dan tragik.

“Berita buruk ini hanya bertindak untuk memperkuku­hkan usaha kami bagi mengenal pasti dan membawa ke pengadilan orang atau mereka yang bertanggun­gjawab atas tindakan keterlalua­n, cuai dan kejam,” menurut beliau.

Beliau menambah bahawa mangsa lain masih dalam keadaan kritikal di hospital.

Kira-kira 100 pegawai antikegana­san sedang membantu dalam siasatan, yang menurut pihak polis sebagai mengambil masa yang agak lama.

Setakat ini, tiada bukti pasangan itu telah melawat mana-mana kawasan yang terlibat dalam kes Skripal.

”Beberapa detektif akan terus dengan tugas mereka yang sukar dan berperingk­at bagi mengumpulk­an semua bukti yang ada supaya kita boleh memahami bagaimana dua orang tersebut telah berdepan dengan pendedahan kepada bahan yang sangat berbahaya yang mana telah meragut nyawa Dawn,” terang Basu.

Sturgess pengsan pada pagi 30 Jun dan telah dibawa ke hospital.

Pada tengah hari itu, lelaki berusia 45 tahun itu jatuh sakit di alamat yang sama di Amesbury dan turut dimasukkan ke hospital.

Ia adalah tidak sehingga Rabu, di mana pihak Defence Science and Technology Laboratory di Porton Down telah mengesahka­n pendedahan mereka dengan Novichok.

“Para detektif sedang bekerja secepat mungkin dan dengan penuh teliti bagi mengenal pasti sumber pencemaran,” pihak polis menyatakan kelmarin.

“Kami tidak berada dalam kedudukan untuk menyatakan sama ada agen saraf itu daripada kumpulan sama dengan yang dialami Skripal.”

Skripal dibenarkan keluar dari hospital namun siasatan mengenai serangan terhadap mereka masih diteruskan dan tiada tangkapan dilakukan. — AFP

 ?? Gambar AFP ?? DUA pegawai polis berkawal dekat kawasan larangan di Rollestone Street, pinggir John Baker House di Salisbury, selatan England kelmarin. —
Gambar AFP DUA pegawai polis berkawal dekat kawasan larangan di Rollestone Street, pinggir John Baker House di Salisbury, selatan England kelmarin. —

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia