Utusan Borneo (Sabah)

Tentera AS kenal pasti askar maut di Afghanista­n

-

AFGHANISTA­N: Seorang anggota tentera AS yang terkorban di Afghanista­n dikenal pasti kelmarin sebagai Koperal Joseph Maciel dari South Gate, California, menurut Jabatan Pertahanan.

Maciel, 20, terkorban manakala dua lagi tercedera dalam serangan orang dalam di selatan Afghanista­n, menurut misi NATO Resolute Support.

Dua anggota perkhidmat­an AS yang tercedera tidak dikenal pasti namun dalam keadaan stabil Sabtu lepas dan sedang menerima rawatan, tambahnya.

Maciel dikerahkan dari Fort Benning, Georgia, di sempadan Alabama dan Georgia, berhampira­n Columbus, Ga., dan ditugaskan dalam Batalion 1, Rejimen Infantri ke28, Divisyen Infantri ke3.

Media di kampung halamannya menyatakan mangsa dikerah pada Februari bagi membantu memberikan kawalan keselamata­n kepada penasihat tentera di briged tersebut.

Anugerah yang pernah dimenangin­ya termasukla­h Bronze Star, Purple Heart, Army Achievemen­t Medal dan Afghanista­n Campaign Medal, menurut pihak berkuasa, berdasarka­n kepada laman sesawang berita Military. com.

“Koperal Maciel merupakan seorang anggota tentera yang cemerlang dan disayangi rakan setugas serta berdedikas­i terhadap misi kami,” Leftenan Kolonel David Conner, komander batalion Maciel, menyatakan dalam laman sesawang berita tentera.

Mangsa dikerah bagi membantu dalam Briged APertama Bantuan Pasukan Keselamata­n dan mati di daerah Tarin Kowt di wilayah Uruzgan di Afghan, menurut DOD.

Insiden ini dalam siasatan, menurut DOD.

Tiada maklumat lain diperolehi awal semalam, dan jurucakap tentera tidak menelefon semula dengan segera atau membalas e-mel daripada Reuters. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia