Utusan Borneo (Sabah)

Semua akan dibantu: Dr Daud Tanpa mengira penyokong kerajaan atau pembangkan­g

-

BONGAWAN : Setiap rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Bongawan akan mendapat layanan yang adil tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan ataupun pembangkan­g.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusof berkata, amalan kerajaan terdahulu yang mengamalka­n sikap sedemikian tidak akan dilakukan kerajaan yang dipimpin parti Warisan Sabah.

Sebaliknya, jelas beliau, selari dengan slogan ‘Sabah Ubah’,beliauakan­memastikan amalan kerajaan terdahulu yang tidak baik akan diubah bagi memastikan setiap rakyat mendapat manfaatnya.

“Kita tidak akan mengamalka­n amalan kerajaan terdahulu yang mengenepik­an segelintir rakyat. Justeru itu, kita telah meletakkan matlamat untuk membantu semua rakyat tidak kira sama ada mereka adalah penyokong pembangkan­g.

“Kita akan bersikap adil kepada semua rakyat tidak kira apa fahaman politik mereka, “katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Serbaguna Kampung Brunei, Kimanis.

Dalam pada itu, Daud yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan meminta ahli serta pemimpin Warisan di peringkat akar umbi supaya tidak bekerja untuk Yang Berhormat (YB) sebaliknya meletakkan fokus terhadap rakyat.

Beliau berkata, mereka haruslah bekerja untuk rakyat dengan mengenal pasti sebarang keperluan serta kemudahan yang diperlukan di peringkat akar umbi supaya wakil rakyat dapat menyampaik­an perkhidmat­an.

Dalam perkembang­an lain, beliau turut memuji usaha pihak penganjur atas penganjura­n majlis rumah terbuka berkenaan.

Beliau mengakui, walaupun terdapat rintangan namun atas semangat rakyat, majlis ini dapat dianjurkan malah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakk­an.

“Kita tidak akan mengamalka­n amalan kerajaan terdahulu yang mengenepik­an segelintir rakyat. Justeru itu, kita telah meletakkan matlamat untuk membantu semua rakyat tidak kira sama ada mereka adalah penyokong pembangkan­g.

DR DAUD YUSOF Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ?? DR Daud ketika berucap sempena majlis itu.
DR Daud ketika berucap sempena majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN yang hadir pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia