Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 500 guru, keluarga meriahkan Aidilfitri SMK Labuan 2018

- (duduk kiri) bersama Mohd Alias (duduk dua kiri) dan Norsiah (dua kanan) pada Sambutan Aidilfitri 2018.

LABUAN: Lebih 500 guru dan keluarga memeriahka­n sambutan Hari Raya Aidilfitri SMK Labuan 2018 yang diadakan di Dewan Mutiara, sekolah itu, Sabtu lalu.

Program yang dikelolaka­n Kelab Kebajikan Staf (KKS) SMK Labuan dan PIBG SMK Labuan itu dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Pengarah Urusan Labuan Liberty Port Management (LLPM) Sdn Bhd, Dato’ Sri Haji Mohd Alias Abd Rahman dan isteri, Datin Sri Dato’ Hajah Norsiah Abdullah, Yang DiPertua PIBG, Haji Md Yusof Haji Chuchu dan Ketua Sektor Penilaian & Peperiksaa­n Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Sawal Salleh, yang mewakili Pengarah JPWPL, Raisin Saidin.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbira­n, Zalina Zunkepely, Marziawati Mardan (PK HEM), Cheah Teong Aik (PK Kokurikulu­m),KitliBeka(PK Petang) dan Saminan Sabtu (PK Tingkatan Enam).

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata sempena sambutan itu, pelbagai acara diadakan termasuk pertanding­an gerai terbaik yang dimenangi Gerai Bidang Kemanusiaa­n, naib johan, Gerai Bidang Bahasa dan ketiga Gerai Pra U.

Dalam Pertanding­an Pakaian Sedondon, johan

Md Yusof (berdiri tengah) bersama pegawai kanan Jabatan Pendidikan Labuan yang turut hadir.

menjadi milik Keluarga Cikgu Kitli Beka, naib johan, Keluarga Cikgu Ismail Abdullah dan ketiga Keluarga Ustaz Mohd Saifulliza­n Yasin.

Sementara Anugerah Penampilan diraih Cikgu Noorul Syarhida Nurul Hadi.

Tambah Ismail, AJK PIBG dan guru yang hadir bersama keluarga disajikan dengan pelbagai menu termasuk soto, lontong, sate, kelupis, kek dan kuih muih.

Beliau yakin menerusi penganjura­n Aidilfitri itu akan mengeratka­n lagi hubungan baik yang sedia terjalin antara warga guru dengan PIBG serta tetamu yang diundang.

Katanya, inilah ruang dan peluang terbaik untuk guru dan kakitangan beramah mesra antara satu sama lain dalam suasana lebih santai sambil menikmati pelbagai juadah.

“Program Aidilfitri itu dijadikan ruang dan peluang untuk warga guru dan keluarga meningkatk­an ikatan silaturrah­im bersama AJK PIBG dan tetamu yang hadir,”katanya.

Ismail tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada pihak penganjur yang berusaha gigih memastikan program tahunan itu berjalan lancar dan mencapai objektifny­a.

“Terima kasih juga kepada semua guru dan AJK PIBG yang turut membantu menjayakan sambutan Hari Raya 2018,”katanya.

Tambah Ismail, persediaan yang cukup rapi sejak seminggu lalu memerlukan komitmen dan kerjasama padu dalam kalangan warga guru dan PIBG SMK Labuan.

 ??  ?? HAJI
HAJI
 ??  ?? ISMAIL
ISMAIL
 ??  ?? MOTIVASI: Majlis perasmian program Kem Motivasi & Kepimpinan 2018 Sekolah Kebangsaan Lubuh, Sandakan, disempurna­kan perasmiann­ya oleh Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Dato Juhari Hj Janan . Turut hadir Guru Besar SK Lubuh, Harijah Hj...
MOTIVASI: Majlis perasmian program Kem Motivasi & Kepimpinan 2018 Sekolah Kebangsaan Lubuh, Sandakan, disempurna­kan perasmiann­ya oleh Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Dato Juhari Hj Janan . Turut hadir Guru Besar SK Lubuh, Harijah Hj...
 ??  ?? PERTANDING­AN pakaian seragam kanak-kanak menghiburk­an guru dan ibu bapa.
PERTANDING­AN pakaian seragam kanak-kanak menghiburk­an guru dan ibu bapa.
 ??  ?? PERTANDING­AN Pakaian Sedondon menjadi milik Keluarga Cikgu Kitli Beka.
PERTANDING­AN Pakaian Sedondon menjadi milik Keluarga Cikgu Kitli Beka.
 ??  ?? GERAI Bidang Kemanusiaa­n memenangi pertanding­an Gerai Terbaik.
GERAI Bidang Kemanusiaa­n memenangi pertanding­an Gerai Terbaik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia