Utusan Borneo (Sabah)

Bot layar Utarid bakal perkasakan sukan layar di Sabah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN (kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Hamdan pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Ketibaan bot layar Utarid ke Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Kota Kinabalu (PTKK) dijangka memperkasa­kan lagi aktiviti sukan kapal layar di negeri ini.

Panglima Logistik Timur Markas Logistik Timur PTKK Laksamana Ow Kiat Bin berkata, sebagai aset pelayaran TLDM yang canggih, penempatan bot Utarid secara kekal di PTKK amat bertepatan sekali.

Katanya, selain dapat memperluas­kan aktiviti kapal layar dalam kalangan warga PTKK, ia juga peluang kepada orang awam untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bot layar Utarid.

“Bot layar Utarid adalah sebuah bot baharu yang dibina dengan teknologi canggih.

“Justeru, dengan adanya bot layar seperti ini, kita dapat menjalin kerjasama dengan kelab serta persatuan kapal layar di Sabah.

“Pada masa sama, kita juga dapat menggalakk­an lebih ramai generasi muda untuk menerima pendedahan berkaitan sukan kapal layar di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Sambutan Ketibaan Bot Utarid TLDM dari Armada Barat ke Armada Timur di sini pada Isnin.

Seramai 15 pelayar tiba bersama bot Utarid selepas berlayar selama 15 hari dari Pangkalan TLDM Lumut bermula 25 Jun lepas.

Ow berkata, antara perancanga­n awal, pihaknya akan bekerjasam­a dengan Kinabalu Yacth Club sebagai aktiviti interaksi untuk memperkena­lkan bot Utarid kepada ahli kelab dan orang awam.

Sementara itu, Ketua Pelayar Lt. Kdr. Mohamad Hamdan Mohd Shamsuddin berkata, sepanjang 15 hari berlayar pelbagai cabaran terpaksa dihadapi kru pelayaran bot Utarid.

“Antaracaba­ranpalingb­esar, semasa berada di kawasan perairan Pulau Mengalum di sini, tiba-tiba ribut melanda sekitar jam 11 malam pada 6 Julai.

“Hasil kerjasama erat sesama kru pelayar, kami berjaya mengatasi semua cabaran dan tiba dengan selamat di PTKK,” jelasnya.

Pihaknya juga ditahan polis Singapura semasa melalui Selat Singapura kerana disangka pendatangy­angcubamem­asuki perairan negara itu.

Bagaimanap­un katanya, hasil pemeriksaa­n dan penjelasan kukuh melalui beberapa dokumen utama sebagai bukti, pihaknya dilepaskan selepas hampir sejam berurusan.

Beliau berkata, misi pelayaran itu bukan sahaja membawa pengalaman baharu kepada setiap kru, malah menambahka­n ilmu pengetahua­n bidang pelayaran terutamany­a kepada kru pelayar baharu.

Bot layar Utarid adalah bot layar jenis kelas lumba yang pertama di Sabah dan pernah menyandang kejuaraan dalam kejohanan ‘Borneo Internatio­nal Yachting Challenge’ pada 2012.

 ??  ?? OW
OW

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia