Utusan Borneo (Sabah)

MBS sasar 100 pasukan sertai Karnival Futsal Piala Presiden

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Majlis Belia Sabah (MBS) mensasarka­n sejumlah 100 pasukan akan menyertai Karnival Futsal Piala Presiden MBS kali ke-7 2018.

Timbalan Presiden MBS Azuwan Marjan berkata, pertanding­an itu akan diadakan pada pada 8 sehingga 9 Ogos depan bertempat di Patikang Futsal Club, Keningau.

“Sebelum ini penganjura­n program yang sama berjaya menarik hampir 100 pasukan yang terdiri daripada lelaki dan wanita.

“Kali ini pula kita yakin sasaran 100 pasukan ini dapat dicapai memandangk­an sukan ini diterima baik di Keningau,” katanya pada sidang media di sini pada Isini.

Beliau berkata, yuran untuk pasukan lelaki adalah RM150 manakala wanita hanya RM100 sahaja.

Katanya, setiap pasukan akan menerima 10 helai jersi kejohanan dan juga sijil penyertaan.

“Tarikhakhi­rpenghanta­ran borang adalah pada 27 Julai ini (Jumaat) sebelum jam 4 petang. Mereka yang ingin mendaftar boleh hantar borang ke pejabat MBS pada waktu bekerja 9 pagi sehingga 5 petang atau bank in ke akaun MBS pada nombor akaun 8603250150 CIMB Bank.

“Pasukan yang membayar perlu menulis nama pasukan pada resit dan hantar melalui email beliasabah@gmail.com atau menghubung­i sekretaria­t 013 886 1086 / 088 213 559,” katanya.

Katanya, johan kategori lelaki akan membawa balik wang tunai RM 3,000, piala, medal, jersil dan sijil. Naib johan RM 2,000, medal dan sijil. Ketiga serta keempat masing-masing hadiah RM1,000, medal, sijil dan RM500, sijil.

“Kategori wanita pula, johan akan membawa balik hadiah wang tunai RM2,000, piala, medal, jersi dan sijil. Naib johan RM1,200, medal dan sijil. Ketiga RM800, medal, sijil dan keempat RM500 serta sijil,” katanya.

 ??  ?? AZUWAN (tengah) bersama ahli jawatankua­sa MBS yang lain menunjukka­n jersi serta poster kejohanan.
AZUWAN (tengah) bersama ahli jawatankua­sa MBS yang lain menunjukka­n jersi serta poster kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia