Utusan Borneo (Sabah)

Golf turunkan atlet muda ke Sukan Asia

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Golf Malaysia (PGM) memperteng­ahkan tujuh muka baharu dengan sasaran satu pingat pada temasya Sukan Asia di Indonesia yang akan berlangsun­g bermula dari 18 Ogos hingga 2 Sept ini.

Ketua Kontinjen ke Sukan Asia, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata pengurus pasukan golf, Teoh Piek Kee menjelaska­n kepada pihaknya, pemain golf nombor satu negara, Gavin Kyle Green tidak beraksi ke Sukan Asia kerana pemain itu adalah berstatus profesiona­l.

Abdul Azim berkata atlet amatur yang terdiri daripada Ervin Chang, Adam Arif Madzri, Muhammad Afif Mohd Fathi, Kanavathi Rhaasrikan­esh, Ng Yu Xuan, Ashley Lau, Natasha Andrea Onn dipilih berdasarka­n prestasi semasa mereka yang memberangs­angkan untuk menggalas cabaran ke Jakarta nanti.

“Tiga daripada atlet ini berpangkal­an di Amerika Syarikat, mereka adalah pelajar dan bermain untuk universiti mereka di sana. Kalau lihat dari segi ‘markah’ mereka adalah memuaskan dan dipilih oleh persatuan untuk mewakili negara ke Sukan Asia.

Apabila pihak kami bertanyaka­n tentang saingan mereka di sana, pihak PGM menjelaska­n bahawa saingan daripada Thailand, Jepun, Korea Selatan dan India. Pemain negara berada dalam kedudukan lima terbaik di peringkat Sukan Asia ketika ini,” katanya selepas perjumpaan dengan PGM di Wisma Majlis Olimpik Malaysia(MOM) di sini pada Isnin.

Katanya walaupun pemain golf berkenaan adalah amatur tetapi mereka berada berada dalam kedudukan 10 terbaik di peringkat Asia.

“Mereka merupakan atlet dalam kategori B iaitu setiap perbelanja­an ditanggung sendiri oleh persatuan ke Sukan Asia nanti. Saya difahamkan pemain golf ini bukan sahaja pasukan baharu ke Sukan Asia tetapi mereka juga tidak pernah beraksi di Sukan SEA tahun lalu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia