Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pasukan Sandakan mara ke final

Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2018 di Kudat

- Oleh SALMAN ABADI

KUDAT: Kontingen bola sepak Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Sandakan menempah kejayaan awal apabila ketiga-tiga pasukannya mara ke perlawanan akhir (final) bagi semua kategori yang dipertandi­ngkan pada Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2018 yang sedang berlangsun­g di Kudat.

Timbalan Ketua Kontinjen MSSB Sandakan, Tommy Amir yang juga Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Telupid berkata, tiga pasukan terbabit ialah kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun.

Katanya, di peringkat separuh akhir pasukan bawah 12 tahun, MSSB Sandakan membelasah pasukan Pedalaman 6 – 1 di padang SK Pekan Kudat II, manakala pasukan Sandakan bawah 15 tahun pula menewaskan Utara 4 – 2, di padang SMK Kudat II.

“Dalam satu agi saingan separuh akhir bagi kateori bawah 18 tahun, pasukan MSSB Sandakan menang tipis menewaskan pasukan MSSB Barat 1 – 0, di Padang Bandaran Kudat,” katanya kepada Sukan Utusan Borneo.

Tommy berkata, perlawanan akhir untuk kategori bawah 12 tahun menemukan pasukam Sandakan dan Tenggara (Tawau) di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kudat 2 pada jam 8.45 pagi ini (10 Julai).

Menurutnya, bagi kategori bawah 15 tahun, Sandakan akan bertemu pasukan Barat (7.30 pagi) di padang SMK Abdul Rahim 2, manakala kategori bawah 18 tahun, Sandakan akan bertemu pasukan Tenggara pada final jam 3 petang ini, di Pusat Sukan Kudat.

Perlawanan tersebut merupakan perlawanan kemuncak kejohanan edisi 2018 itu dan Majlis Penutupan dan Penyampaia­n Hadiah akan diadakan selepas perlawanan akhir itu berlangsun­g.

“Pencapaian tiga sekali gus bagi pasukan MSSB Sandakan untuk mara ke final kejohanan ini gak jarang berlaku.

“Justeru, selaku Timbalan Ketua Kontinjen Sandakan 2018, saya berharap pasukan Sandakan mencapai kejuaraan kerana sudah agak lama pasukan Sandakan tidak menjuarai kejohanan bola sepak MSS Sabah ini,” katanyapen­uhharapans­ambil optimis pasukan Sandakan mampu meraih kemenangan yang dihasratka­n.

Sementara itu, Setiauaha Jawatankua­sa Pengelolan­ya, Manchul Majujin berkata, kejohanan empat hari itu (7 – 10 Julai) dianjurkan oleh Unit Sukan Sektor Pembanguna­na Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan dikelolaka­n oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat.

Katanya, sebanyak 18 pasukan (kategori bawah 12, 15 dan 18 tahun) dari enam zon/bahagian iaitu MSSB Utara, Barat, Selatan, Tenggara, Pedalaman dan Sandakan mengambil bahagian pada kejohanan itu.

Menurutnya, selain melaksanak­an aktiviti sukan bola sepak dalam kalendar MSS Sabah 2018, kejohanan itu juga bertujuan mencungkil bakat pelajar serta meningkatk­an lagi mutu sukan bola sepak ke arah pembanguna­n sukan khasnya bola sepak.

“Kejohanan ini juga dijadikan medan pemilihan pemain terbaik untuk mewakili MSS Sabah ke Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Malaysia (MSSM) yang akan diadakan di Pulau Pinang pada 5 – 10 Ogos depan”, katanya.

Perasmian pembukaan kejohanan itu telah disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Kapor Kudat, Chong Chen Bin yang juga Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian Negeri Sabah pada 5 Julai lepas.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kudat, Sh Azad Sh Attar.

Manakalama­jlispenutu­pan dan penyampaia­n hadiah akan disempurna­kan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah yang juga Adun Banggi, Mohamad Mohamarin, jam 3.00 petang ini di Pusat Sukan Kudat.

Turut berada di Kudat untuk memantau dan menyelaras pelaksanaa­n kejohanan itu ialah Pegawai Meja Unit Sukan (Bola Sepak) MSS Sabah yang juga Penyelia Kanan Unit Sukan SPK JPN Sabah, Abdul Rahman Wahab.

 ??  ??
 ??  ?? TOMMY (berdiri empat kiri) bersama pasukan Sandakan (berdiri) bergambar kenangan sebelum perlawanan separuh akhir menewaskan Utara. Sandakan bertemu Tenggara pada final petang ini di Pusat Sukan Kudat.
TOMMY (berdiri empat kiri) bersama pasukan Sandakan (berdiri) bergambar kenangan sebelum perlawanan separuh akhir menewaskan Utara. Sandakan bertemu Tenggara pada final petang ini di Pusat Sukan Kudat.
 ??  ?? SH AZAD (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian Kejohanan Bola Sepak MSS Sabah di Kudat kepada Chong.
SH AZAD (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a perasmian Kejohanan Bola Sepak MSS Sabah di Kudat kepada Chong.
 ??  ?? MOHAMAD rasmi penutupan bola sepak MSS Sabah petang ini.
MOHAMAD rasmi penutupan bola sepak MSS Sabah petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia