Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tarik pelabur asing

Shafie yakin sektor industri akan pesat membangun

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KETUA Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan kerajaan negeri akan terus meningkatk­an usaha menarik lebih ramai pelabur asing ke negeri ini, bagi membangunk­an sektor perindustr­ian.

Sambil menyatakan keyakinan sektor itu akan berkembang pesat, beliau berkata pelantikan Timbalan Presiden Parti Warisan, Darell Leiking sebagai Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (Miti) akan membolehka­n usaha itu direalisas­ikan.

Beliau yakin pelantikan Darell dalam Kabinet Persekutua­n mampu membawa perubahan yang ketara ke negeri Sabah.

Sehubungan itu,Shafie berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas kepercayaa­n melantik pemimpin Sabah menerajui Miti.

“Menerusi pelantikan itu, kita akan bekerjasam­a dengan pemain industri di Sabah. Kita bukan sahaja mahu memastikan landskap politik berubah, tetapi juga pentadbira­n negeri, bagi memastikan Sabah membangun selari dengan negeri lain di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Sipitang dengan kerjasama Petronas dan SOGIP di Sipitang pada Ahad.

Hadir sama Menteri Pelajaran Inovasi Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob serta Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan Mohd Zaini Mohd Yunus.

Dalam pada itu, Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata sumber alam yang dimiliki Sabah seharusnya memberi banyak peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.

Dalam perkembang­an lain, Shafie juga mahu membina industri hiliran kelapa sawit bagi membolehka­n lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan.

“Kita akan pastikan semua pasar raya menjual minyak masak keluaran Sabah, kalau tidak, lesen mereka (pasar raya) tidak akan dikeluarka­n,” katanya.

“Menerusi pelantikan itu, kita akan bekerjasam­a dengan pemain industri di Sabah. Kita bukan sahaja mahu memastikan landskap politik berubah, tetapi juga pentadbira­n negeri, bagi memastikan Sabah membangun

” selari dengan negeri lain di Malaysia.

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri Sabah

 ??  ?? SHAFIE merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
SHAFIE merakamkan gambar kenangan bersama sebahagian yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? SHAFIE beramah mesra dengan sebahagian masyarakat yang hadir pada majlis itu.
SHAFIE beramah mesra dengan sebahagian masyarakat yang hadir pada majlis itu.
 ??  ?? DR YUSOF mengiring Shafie ketika tiba pada majlis itu.
DR YUSOF mengiring Shafie ketika tiba pada majlis itu.
 ??  ?? SHAFIE ketika berucap pada majlis rumah terbuka itu.
SHAFIE ketika berucap pada majlis rumah terbuka itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia