Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk perpaduan, jalin silaturahi­m

Lebih 300 tetamu meriahkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri KRT Sembulan Baru

-

KOTA KINABALU: Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sembulan Baru/ Taman Sempelang dan Jawatankua­sa Penyelaras TabikaPerp­aduanSembu­lan Baru A dan B diadakan sederhana tetapi meriah, dengan kehadiran lebih 300 tetamu di Pusat Rukun Tetangga Sembulan Baru/ Taman Sempelang pada Ahad.

Tetamu yang hadir seawal jam 9 pagi tidak melepaskan peluang bersalam-salaman dan beramah mesra antara satu dengan lain, sambil menikmati pelbagai juadah disajikan seperti rendang, nasi minyak, sate, kelupis, soto, kuih muih dan minuman.

Majlis Ramah Mesra Aidilfitri dimeriahka­n lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Datuk Haji Sahari dan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan tetamu.

Dalam ucapan ringkasnya di majlis itu, Awang Husaini memuji usaha KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang dan Jawatankua­sa Penyelaras Tabika Perpaduan Sembulan Baru A & B kerana berjaya mengadakan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri secara bersama.

Katanya, penganjura­n program sedemikian merupakan langkah terbaik dalam mengeratka­n hubungan silaturahi­m, permuafaka­tan dan keharmonia­n dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selain dapat berpeluang bersamasam­a memeriahka­n suasana sambutan Hari Raya.

Beliau berharap program seumpama itu diteruskan pada masa akan datang dan mencadangk­an supaya dianjurkan juga aktiviti perayaan seperti sambutan Tahun Baharu Cina dan Tadau Kaamatan supaya masyarakat berbilang kaum turut serta merayakann­ya.

Beliau memberi jaminan akan sentiasa memberi sokongan penuh terhadap aktiviti perpaduan dan keagamaan yang dianjurkan KRT supaya semangat perpaduan, kesejahter­aan dan keharmonia­n dapat dipelihara.

Terdahulu, Pegawai Unit Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional (KESIN), JabatanPer­paduanNega­radan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah, Hilman Jack Usli dalam ucapannya berkata, KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang merupakan salah satu KRT yang aktif di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

Katanya, semangat kerjasama yang ditunjukka­n AJK KRT dan Ahli JPTP Sembulan Baru A dan B dalam penganjura­n bersama program seperti ini amat dialu-alukan dalam usaha memperkasa­kan aktiviti KRT.

Hliman Jack Usli yang mewakili Pengarah JPNIN Negeri Sabah menyifatka­n program itu amat berjaya dalam usaha memupuk dan mengukuhka­n semangat kejiranan, muhibah dan perpaduan.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2018, Haji Kiran Settu dalam ucapan aluannya merakamkan terima kasih kepada para tetamu yang hadir khasnya kepada Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Datuk Haji Sahari.

Katanya, majlis itu merupakan program tahunan KRT dalam usaha memberi peluang kepada masyarakat setempat beramah mesra, bermaafmaa­fan dan bergembira memeriahka­n Hari Raya bersama.

Para tetamu yang hadir dihiburkan dengan nyanyian karaoke oleh beberapa penyanyi veteran yang tidak asing lagi suatu ketika dahulu, iaitu Maimonah Haji Sulaiman, Suryanto Sumardi dan Sahar Nordin.

Majlis juga turut dimeriahka­n dengan penyampaia­n duit raya kepada kanak-kanak yang hadir termasuk kanakkanak Tabika Perpaduan Sembulan Baru A dan B.

Turut hadir Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Bandaraya Kota Kinabalu, Masri Rayner dan Pengerusi KRT Sembulan Baru/Taman Sempelang, Lasamboy Ponisi.

Penganjura­n program seperti ini merupakan langkah terbaik dalam mengeratka­n hubungan silaturahi­m, permuafaka­tan dan keharmonia­n dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, selain dapat berpeluang bersama-sama memeriahka­n suasana sambutan Hari Raya. ”

AWANG HUSAINI DATUK HAJI SAHARI Ahli Parlimen Putatan

 ??  ??
 ??  ?? AJK Jiran Wanita KRT merakamkan kenangan di pondok khas dihias ala kampung yang menjadi tumpuan tetamu pada majlis itu.
AJK Jiran Wanita KRT merakamkan kenangan di pondok khas dihias ala kampung yang menjadi tumpuan tetamu pada majlis itu.
 ??  ?? GURU-GURU Tabika Perpaduan tidak melepaskan peluang bergambar bersama Awang Husaini dan tetamu khas yang hadir.
GURU-GURU Tabika Perpaduan tidak melepaskan peluang bergambar bersama Awang Husaini dan tetamu khas yang hadir.
 ??  ?? (Gambar atas) KETIBAAN Awang Husaini (kiri) disambut mesra oleh AJK KRT.
(Gambar kanan) AWANG Husaini bersama Hilman menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
(Gambar atas) KETIBAAN Awang Husaini (kiri) disambut mesra oleh AJK KRT. (Gambar kanan) AWANG Husaini bersama Hilman menyampaik­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia