Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja tempatan diutamakan

Jakel Sabah sedia pelbagai kemudahan termasuk penginapan

- AMRAN(kanan) bersama isteri.

KOTA KINABALU: Ops Mega 3.0 yang sedang dijalankan secara besarbesar­an sejak awal Julai lepas disambut baik oleh Pengarah Jakel Sabah, Amran Md Nor.

Katanya, sejak dibuka pada 2009, pengurusan Jakel Sabah lebih selesa untuk menggaji pekerja tempatan dengan kesemua 70 pekerjanya berasal dari negeri ini.

“Ada pekerja saya yang berasal dari Kota Belud, Semporna dan Tawau dan kami turut menyediaka­n hostel untuk kemudahan mereka.

“Bekalan air dan elektrik juga di bawah tanggungan kami termasuk kelengkapa­n rumah seperti katil, peti ais, mesin basuh dan astro supaya kebajikan mereka terjaga.

“Jika pekerja mempunyai masalah keluarga dan kewangan, kami tidak teragak-agak untuk membantu lebih-lebih lagi pada pekerja yang sudah lama berkhidmat dengan kami,” katanya.

Mengenai pengambila­n pekerja asing di Malaysia, Amran berkata masyarakat tidak boleh menuding jari sepenuhnya kepada majikan kerana sikap pekerja asing ini yang lebih berdisipli­n dan rajin berbanding pekerja tempatan.

“Rakan niaga saya di Semenanjun­g acap kali memujuk saya untuk cuba menggaji pekerja asing selepas melihat kesungguha­n mereka bekerja dan melayan pelanggan yang datang.

“Ketepatan masa untuk datang bekerja serta tidak berkira melakukan tugasan antara faktor majikan gemar menggaji pekerja asing.

“Anak tempatan kita pula ramai yang memilih pekerjaan, sering ponteng, malas dan tidak berusaha untuk membantu syarikat meningkatk­an jualan, walaupun tidak semuanya bersikap begitu.

“Tetapi mereka ini seharusnya mencontohi sikap pekerja asing ketika mencari nafkah, kerana jika mereka rajin, pasti majikan akan sayang dan menaikkan gaji mereka sesuai usaha yang dilakukan,” katanya.

Menurut Amran, rajin dan usaha adalah kunci kejayaan seseorang, tidak kira samada bekerja makan gaji atau berniaga sendiri, dengan mengambil contoh terdekat dirinya sendiri yang dahulu hanyalah seorang pemandu lori.

“Saya tidak pernah bermimpi untuk mempunyai perniagaan besar begini, memakai baju kemas dan memandu kereta cantik, kerana bekerja mengangkat barang di bahu hanya perlu memakai baju biasa sahaja.

“Kerja saya perlu memandu lori dalam jarak jauh, berpeluh dan kotor selepas mengangkat barang sebelum mencubacub­a membuka perniagaan langsir jahitan isteri saya.

“Tetapi jika saya ceritakan semua ini kepada pekerja saya mereka tidak akan percaya, kerana mereka tidak tahu bukan mudah untuk menjadi senang jika kita tidak rajin dan berusaha untuk berubah,” katanya.

Pengurusan Jakel juga turut menyediaka­n kursus dan latihan untuk pekerja-pekerja agar memenuhi standard mereka dalam melayani pelanggan.

Motosatupe­kerjauntuk­satu pelanggan juga dikekalkan supaya pelanggan berpuas hati dan selesa berurusan di premis mereka.

Amran ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Jakel bagi meraikan pekerja dan pelanggan mereka yang diadakan pada Sabtu malam di kediaman beliau.

Cabutan tiket bertuah juga turut diadakan bagi menghargai pekerja dan pelanggan mereka agar terus setia berkhidmat dan menjadikan Jakel pilihan utama membeli belah. Jabatan Penerangan.

Ada pekerja saya yang berasal dari Kota Belud, Semporna dan Tawau dan kami turut menyediaka­n hostel untuk kemudahan mereka. Bekalan air dan elektrik juga di bawah tanggungan kami termasuk kelengkapa­n rumah seperti katil, peti ais, mesin basuh dan

” astro supaya kebajikan mereka terjaga. AMRAN MD NOR

Pengarah Jakel Sabah

 ??  ?? AMRAN bersama pekerja Jakel yang terdiri daripada anak tempatan.
AMRAN bersama pekerja Jakel yang terdiri daripada anak tempatan.
 ??  ?? ANTARA tetamu yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Jakel.
ANTARA tetamu yang hadir dalam Majlis Rumah Terbuka Jakel.
 ??  ?? AMRAN menghulurk­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
AMRAN menghulurk­an duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia