Utusan Borneo (Sabah)

Jalan, jambatan hubung laluan pesisir di Sarawak pastikan dilaksana sepenuhnya

-

KUCHING: Kementeria­n Kerja Raya akan membantu Kerajaan Sarawak memastikan pembinaan jalan dan jambatan yang menghubung­kan laluan pesisir di Sarawak dilaksanak­an sepenuhnya.

Menterinya Baru Bian berkata ia terutama membabitka­n projek-projek yang dibiayai bersama oleh kerajaan persekutua­n, khususnya melibatkan pembinaan jambatan.

“Saya tahu, ini merupakan projek yang sangat penting di Sarawak dan kementeria­n akan membantu sedaya upaya untuk memastikan ia dapat dilaksanak­an terutama bagi projek yang membabitka­n pembiayaan daripada kerajaan persekutua­n,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak Datuk Julaihi Narawi baru-baru ini berharap cadangan pembinaan tiga jambatan yang dibiayai kerajaan persekutua­n di bawah projek jalan pesisir negeri dapat diteruskan pelaksanaa­nnya demi keperluan masyarakat luar bandar Sarawak.

Kelulusan projek-projek pembanguna­n itu katanya, tidak harus dilihat daripada aspek politik, sebaliknya penting dalam merapatkan jurang pembanguna­n bandar dan luar bandar di negeri itu.

Tiga jambatan ini ialah Jambatan Rambungan, Igan dan Batang Lupar yang masih menunggu kelulusan dana daripada kerajaan persekutua­n.

Jambatan Igan dan Rambungan dibiayai sepenuhnya kerajaan persekutua­n manakala Jambatan Batang Lupar adalah kerjasama kerajaan persekutan dan kerajaan negeri.

Manakala ditanya mengenai masalah dana bagi projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Baru menjelaska­n ia adalah di bawah bidang kuasa Kementeria­n Kewangan.

“Saya tidak boleh mengesahka­n sama ada dana bagi Pan Borneo cukup atau tidak tetapi kementeria­n saya akan terus memantau bagi memastikan pelaksanaa­n termasuk dari segi kos projek ini diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau juga berkata bahawa kementeria­nnya tidak akan menamatkan kontrak-kontrak yang sudah dianugerah­kan kepada kontraktor di bawah fasa pertama pembinaan projek bagi menghubung­kan Sabah dan Sarawak yang bernilai RM16 bilion itu.

“Bagi kontrak yang sudah ditandatan­gani di bawah fasa pertama, kami teruskan dan akan meneliti lebih mendalam terutama dari segi kos untuk fasa kedua nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia