Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat harus berasa bertuah dengan nikmat pembanguna­n dibawa kerajaan

-

KUCHING: Rakyat Sarawak harus berasa bertuah dengan nikmat pembanguna­n dibawa Kerajaan Sarawak untuk kehidupan yang lebih sempurna, kata Ketua Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batu Kawah Datuk Ahmad Ibrahim.

Menurutnya pada masa ini, rakyat Sarawak telah hidup dalam keadaan yang serba mencukupi tanpa apaapa kekurangan sama ada dari segi makanan, pakaian mahupun tempat berteduh.

“Jika ada yang daif, yang ditimpa apa-apa malapetaka, ada sahaja bantuan dihulurkan oleh Kerajaan Sarawak kini dan masyarakat setempat.

“Malah sekiranya ada sebilangan kecil yang masih kurang bernasib baik kerana tidak dikesan, ini hanyalah tidak dimaklumka­n kepada kami dan ketua-ketua masyarakat.

“Namun, mereka tetap akan mendapat bantuan daripada orang yang murah hati dalam masyarakat dan daripada kerajaan apabila keadaan mereka dilapor dan diketahui oleh pihak tertentu dan berwajib,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Gawai Raya di Kampung Telaga Air, di sini, baru-baru ini.

Ahmad yang juga timbalan pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan(MPP)turutmenye­rurakyat Bumi Kenyalang terus berusaha mengekal dan memperkuku­hkan toleransi antara satu sama lain demi memelihara keamanan dan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Katanya, banyak teladan yang membawa kepada kemusnahan masyarakat telah berlaku seperti di benua Afrika dan Timur Tengah di mana rakyatnya menjadi pelarian serta kebuluran.

“Oleh itu, semangat berkongsi perayaan sesama kita yang berbilang bangsa dengan saling berkunjung atau ‘ngabang’ harus dikekalkan.

“Dengan cara ini, kita dapat mengeratka­n silaturahi­m antara satu sama lain dan ini secara tidak langsung membasmi prejudis atau prasangka yang bukan-bukan sesama kita rakyat Bumi Kenyalang khususnya,” katanya.

Majlis yang dikunjungi lebih 1,000 orang itu turut dihadiri bekas Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia di Brunei Tan Sri Jamil Johari serta ketua-ketua masyarakat daripada 12 kampung di sekitar Telaga Air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia