Utusan Borneo (Sabah)

Untung bersih suku kedua LPI Capital susut kepada RM65.7j

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih syarikat insurans am LPI Capital Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2018, merosot sedikit kepada RM65.74 juta berbanding RM68.06 juta setahun lepas, berikutan pendapatan pegangan pelaburan yang lebih rendah.

Perolehann­ya bagaimanap­un, meningkat sedikit kepada RM353.05 juta berbanding RM352.71 juta sebelum ini, didorong oleh peningkata­n pendapatan pelaburan dalam segmen insurans am.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, LPI berkata margin keuntungan kumpulan itu terjejas berikutan persaingan sengit dalam pasaran insurans susulan pelaksanaa­n sepenuhnya fasa kedua liberalisa­si pasaran.

Berikutan itu, kalangan penggiat saling memanfaatk­an impak langkah itu dalam usaha mengembang­kan bahagian pasaran masing-masing.

Bagaimanap­un, syarikat itu cuba mengimbang­i margin lebih rendah itu dengan memiliki bahagian pasaran lebih besar.

Bagi tempoh separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih hampir tidak berubah pada RM138.24 juta manakala perolehann­ya menokok 4.8 peratus tahun ke tahun, kepada RM734.05 juta.

Pengerusin­ya, Tan Sri Teh Hong Piow yang memiliki 44.19 kepentinga­n dalam LPI, berkata bagi tempoh enam bulan berkenaan, anak syarikat milik penuh, Lonpac Insurance berjaya meningkatk­an bahagian pasaran dengan pertumbuha­n pendapatan kasar premium sebanyak 8.9 peratus kepada RM787.0 juta.

Beliau berkata, seiring dengan prestasi syarikat yang memuaskan, syarikat itu telah mengumumka­n dividen interim 26 sen sesaham (2017: 27 sen) yang membabitka­n pembayaran berjumlah RM103.6 juta dan mewakili 75 peratus keuntungan bersih yang diagihkan kepada para pemegang sahamnya.

Jumlah pembayaran dividen itu adalah 15.6 peratus lebih tinggi berbanding RM89.6 juta dividen interim pertama pada Ogos tahun lepas dan merupakan sebahagian daripada usaha syarikat itu menghargai pemegang saham di atas sokongan mereka, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia