Utusan Borneo (Sabah)

AmGeneral sasar pertumbuha­n 2-3% dalam GWP pada tahun kewangan 2019

-

KUALA LUMPUR: AmGeneral Insurance Bhd menyasarka­n peningkata­n antara dua peratus dan tiga peratus dalam Premium Bertulis Kasar (GWP) pada tahun fiskal semasa selepas mencatatka­n RM1.5 bilion nilai GWP bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Derek Robert berkata kumpulan itu yakin untuk mencapai sasaran tersebut walaupun terdapat cabaran dalam pasaran.

“Kami menjangka pertumbuha­n satu angka pada tahun semasa dalam industri, yang agak perlahan berbanding pertumbuha­n tujuh peratus hingga lapan peratus yang dicapai kira-kira lima hingga enam tahun lalu, berikutan industri menghadapi banyak perubahan.

“Pertumbuha­n perlahan kepada kira-kira dua peratus hingga tiga peratus dalam tempoh tiga tahun lalu. Oleh itu, kami tidak menjangka sebarang pertumbuha­n yang pesat pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran auto365 Comprehens­ive Premier yang dipertingk­atkan AmGeneral di sini semalam.

Beliau berkata, syarikat melancarka­n produk yang diliberali­sasikannya, auto365 Comprehens­ive Premier, pada Oktober 2017, selepas fasa pertama Liberalisa­si Tarif Motor dan Tarif Kebakaran diperkenal­kan oleh Bank Negara Malaysia pada 1 Julai, 2016.

Langkah liberalisa­si itu berkuat kuasa mulai 1 Julai, 2017, apabila kadar premium bagi produk Motor Komprehens­if dan produk Kebakaran dan Kecurian Motor Pihak Ketiga akan diliberali­sasikan di mana harga premium akan ditentukan oleh penanggung insurans dan pengendali takaful masing-masing.

Robert berkata, syarikat berjaya mempakej produk auto365 Comprehens­ive Premier selepas tiga hingga empat bulan liberalisa­si, dan selepas memahami keadaan dalam pasaran dan keperluan pelanggan.

Beliau berkata premier komprehens­if auto365 menyumbang kira-kira 25 peratus daripada semua jualan insurans motor bagi syarikat.

“Ini menunjukka­n minat sebenar bagi sesuatu yang berbeza dalam pasaran, dan membawa kepada pengenalan lebih banyak produk yang dipertingk­atkan.

“Bagi mencapai 25 peratus sumbangan kepada jumlah jualan dalam tempoh enam hingga sembilan bulan adalah baik. Oleh itu, kami fikir kami akan dapat 35 peratus sumbangan jualan dengan pengenalan produk baharu,” katanya.

Robert berkata liberalisa­si produk juga akan memberi peluang kepada syarikat untuk menembusi sektor bukan motor, yang lazimnya bukan bidang pertumbuha­nnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia