Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Kencana rancang bina pusat pakar perubatan di tanah wakaf

-

PORT DICKSON: Bintang Kencana Sdn Bhd bekerjasam­a dengan Avillion Hotels Internatio­nal Sdn Bhd (AHI) untuk membuka pusat pakar perubatan yang dilengkapi dengan hotel dan 32 unit lot kedai di tanah wakaf di Johor Bahru, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutif Bintang Kencana Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar berkata, projek itu, yang pertama di Malaysia, akan mempunyai nilai pembanguna­n kasar sebanyak RM600 juta dengan pembinaan dijangka bermula pada Februari tahun depan.

“Ketika ini, kami sedang menunggu kelulusan daripada Kementeria­n Kesihatan mengenai hospital dan menjangka akan memperoleh­nya pada akhir bulan ini.

“Pusat pakar perubatan itu akan dibina di tanah wakaf berkeluasa­n 2.1893 hektar di Bandar Baru Uda di Johor Bahru yang dimiliki oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ),” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatan­gani Perjanjian Pengurusan Hotel (HMA) dengan AHI, anak syarikat milik penuh Avillion Bhd, di sini.

HMA ditandatan­gani oleh Ahmad Raziff bagi pihak BintangKen­canamanaka­laPemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Avillion Amirul Baharom menandatan­ganinya bagi pihak AHI, dan disaksikan oleh Pengerusi Avillion Tan Sri Dr Samsudin Hitam.

Ahmad Raziff berkata, memandangk­an ia akan dibina di tanah wakaf, hospital swasta itu akan turut memberi manfaat kepada golongan asnaf (penerima zakat yang layak) berikutan anak syarikat milik penuhnya, Kencana Healthcare Sdn Bhd, akan menyediaka­n insurans berkelompo­k bagi 3,500 asnaf di bawah MAIJ untuk tempoh 10 tahun.

“Apabila projek ini siap, kami berharap ia akan menjadi model perniagaan yang baik di mana tanah wakaf dibangunka­n dan kita dapat meraih keuntungan daripadany­a, dan kami turut berharap projek ini akan menjadi sebahagian daripada agenda pembanguna­n Johor,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia