Utusan Borneo (Sabah)

Osram kembangkan portfolio perniagaan di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar cip LED, Osram Opto Semiconduc­tor (M) Sdn Bhd (Osram Malaysia) merancang mengembang­kan portfolio perniagaan­nya dengan meneroka teknologi LED yang lebih maju, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Roland Mueller.

Beliau berkata teknologi baharu itu, antara lain ialah pencahayaa­n pixel mewah untuk kereta pada masa hadapan bagi membolehka­n pemandu melihat lebih jauh dan jelas, serta optoelektr­onik dan sensor elektrik.

“Syarikat juga melihat (potensi) paparan mikropi-xel, iaitu teknologi yang menawarkan densiti pixel yang tinggi untuk meningkatk­an kejelasan.

“Ini bidang yang sangat menarik dan teknologin­ya masih belum ada,” katanya pada sidang akhbar selepas memberi sumbangan peralatan Osram Malaysia kepada empat universiti, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis, di sini baru-baru ini.

Peralatan bernilai RM2.4 juta yang digunakan dalam fotonik dan bidang teknologi fabrikasi semikonduk­tor akan digunakan sebagai pengalaman pembelajar­an amali secara langsung kepada pelajar yang berminat menceburi industri berteknolo­gi tinggi.

Berhubung prospek perniagaan Osram Malaysia, Mueller optimistik terhadap pasaran dan pertumbuha­n yang diunjurkan, meskipun makroekono­mi tidak menguntung­kan.

Pada 2017, aktiviti perniagaan Osram di Malaysia merekodkan jualan tahunan sebanyak RM3.64 bilion dengan 99.8 peratus daripadany­a menerusi eksport.

Sehingga akhir Mei 2018, pelaburan terkumpul syarikat itu di negara ini bernilai RM4.6 bilion dan perbelanja­an tempatan sebanyak RM500 juta, yang memanfaatk­an kira-kira 600 vendor tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia