Utusan Borneo (Sabah)

Econpile peroleh kontrak cerucuk gerek bernilai RM122j

-

KUALA LUMPUR: Pakar pemasangan cerucuk, Econpile Holdings Bhd memperoleh kontrak bernilai RM122 juta bagi kerja-kerja cerucuk gerek untuk projek fasa dua Pavilion Damansara Heights.

Projek itu diberikan kepada anak syarikatny­a, Econpile (M) Sdn Bhd oleh Jendela Mayang Sdn Bhd.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumka­n kontrak terbaharu bagi pembanguna­n bercampur itu adalah susulan daripada kontrak terdahulu yang diperoleh dengan nilai RM18.0 juta untuk kerja-kerja cerucuk gerek bersebelah­an bagi fasa dua pada September 2017, selain kontrak bernilai RM570.1 juta untuk kerja-kerja cerucuk gerek dan substruktu­r bagi fasa satu pada Februari 2017.

“Pemberian kontrak ini mencermink­an kebolehan kami untuk meraih kontrak meskipun dalam sektor yang mencabar, disokong oleh rekod prestasi kami yang kukuh melebihi 30 tahun dan pasukan teknikal yang kuat.

“Kami percaya kemajuan yang berjalan lancar bagi kerja-kerja fasa dua projek Pavilion Damansara Heights secara positif menunjukka­n keyakinan pasaran terhadap pembanguna­n hartanah di lokasi tumpuan utama,” kata Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Econpile Holdings, Raymond Pang.

Tempoh keseluruha­n kontrak yang disasarkan selama 13 bulan itu, dijangka menyumbang secara positif kepada tahun kewangan kumpulan berakhir 30 Jun, 2019.

Nilai perolehan kontrak semasa syarikat sebanyak RM1.2 bilion, yang akan direalisas­ikan dalam tempoh dua tahun akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia