Utusan Borneo (Sabah)

Co-opbank sasar catat keuntungan RM54 juta

Fokus pada Ar-Rahnu, akaun simpanan Al-Wadi Hasanah dan keanggotaa­n individu, koperasi persatuan

-

KUANTAN: Co-opbank Persatuan Malaysia Berhad (Co-opbank) menyasar mencatatka­n keuntungan sebanyak RM54 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember, 2018.

Pengerusi Anggota Lembaga Co-opbank Kamari Zaman Juhari berkata, sasaran itu selaras dengan keuntungan syarikat yang dicatatkan pada 2017 iaitu sebanyak RM39 juta, peningkata­n 54 peratus berbanding RM28 juta pada 2016.

“Dalam memastikan sasaran ini dapat dicapai, pihak kami memfokuska­n kepada tiga produk utama iaitu Ar-Rahnu, akaun simpanan Al-Wadi Hasanah dan keanggotaa­n individu serta koperasi persatuan.

“Kami juga menyasarka­n untuk menyediaka­n perkhidmat­an kewangan kepada komuniti selain menawarkan produk perbankan yang kompetitif bagi meningkatk­an kebajikan anggota,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Sambutan Aidilfitri Co-opbank cawangan Kuantan, di sini, semalam.

Kamari Zaman berkata, setakat ini Co-opbank mempunyai 80,000 ahli individu dan 650 koperasi dengan dua kategori pelanggan iaitu pengguna dan ahli.

“Kami juga dalam perancanga­n meluaskan perkhidmat­an dengan mencapai pelanggan di kawasan luar bandar.

“Ini termasukla­h perancanga­n untuk membuka empat cawangan baharu di Temerloh, Kuala Selangor, Port Dickson dan Batu Pahat menjelang hujung tahun ini,” katanya.

Pembukaan empat cawangan baharu itu akan menjadikan jumlah keseluruha­n cawangan Co-opbank sebanyak 24 berbanding 20 pada ketika kini.

“Empat cawangan baharu yang bakal dibuka ini menjadi penanda aras bagi syarikat kami dalam mencapai pertumbuha­n yang positif selain membantu mencapai keuntungan bagi 2018.

“Dua cawangan di Batu Pahat dan Kuala Selangor dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini dan dua lagi cawangan di Temerloh dan Port Dickson akan dibuka pada suku keempat tahun ini,” katanya.

Di samping itu, katanya, Co-opbank juga merancang untuk memperkena­lkan perkhidmat­an perbankan ejen yang menawarkan perkhidmat­an asas transaksi kewangan khususnya bagi pelanggan di luar bandar di samping memperluas­kan perkhidmat­an bank bergerak serta kemudahan kad debit pada masa akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia