Utusan Borneo (Sabah)

Vertice meterai MoU dengan Smuzcity untuk teroka perniagaan hotel pintar

-

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Vertice Bhd, Vertice Constructi­on Sdn Bhd baru-baru ini menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan Smuzcity Bhd (SCB) bagi membentuk pakatan strategik ke arah kerjasama projek untuk perniagaan rantaian hotel pintar berstruktu­r.

Verticeber­kata,mengikutMo­U itu, pengetahua­n dan pengalaman dalam industri pembinaan akan diberikan untuk menyumbang kepada kerja-kerja reka bentuk, pembinaan dan pengubahsu­aian bagi rantaian hotel tersebut.

“Keputusan berkaitan penelitian semula dan pemilihan hartanah akan tertakluk kepada budi bicara mutlak Vertice,” menurutnya dalam kenyataan baru-baru ini.

SCB pula akan menawarkan penyelesai­an kepada pemilik hartanah untuk menyertai program rantaian hotel berstruktu­r itu seperti pengurusan hartanah, operasi hotel, pemasaran dalam talian dan saluran pengedaran.

SCB berhasrat membangunk­an dan membina rantai-an hotel pintar berasaskan konsep automatik dan tanpa tunai sekali gus pelanggan boleh mengalami gaya hidup futuristik dengan teknologi canggih.

“Menerusi MoU itu Vertice akan melalui pengalaman kecanggiha­n teknologi inovatif baharu selain menyumbang kepada perolehan dan keuntungan syarikat pada masa depan,” menurutnya.

Perjanjian projek rasmi akan ditandatan­gani antara pihak berkaitan mengenai perkara yang akan dipersetuj­ui bersama dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh MoU. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia