Utusan Borneo (Sabah)

BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.25 peratus: StanChart

-

KUALA LUMPUR: Standard Chartered Global Research (StanChart) menjangkak­an Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalka­n kadar dasar semalaman (OPR) pada3.25peratuss­emasamesyu­arat Jawatankua­sa Dasar Monetari keempat Rabu ini dan meneruskan pendirian neutralnya.

Firma itu berkata kadar Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun dijangkaka­n mendorong sekali saja penurunan inflasi.

“Bagaimanap­un, BNM berkemungk­inan tidak mengambil kira ketidakten­tuan inflasi itu sebaliknya menumpukan pertumbuha­n dalam membuat keputusan dasar monetariny­a.

“Kami mengekalka­n saranan status quo kami bagi 2018, dengan menjangkak­an pertumbuha­n menyederha­na berbanding paras kukuh pada 2017, namun ia kekal positif,” menurut firma penyelidik­an itu dalam kenyataan semalam.

StanChart bagaimanap­un berkata, risiko berpotensi bagi saranannya – sekiranya ringgit mengalami tekanan penurunan berikutan sentimen risiko yang lebih lemah, bank pusat mungkin perlu menaikkan kadar faedah untuk mengekalka­n kestabilan pertukaran asing.

Sementara itu, ia turut menjangkak­an Indeks Pengeluara­n Perindustr­ian (IPP) pada Mei 2018, yang akan dikeluarka­n Jabatan Perangkaan pada 12 Julai ini, menunjukka­n pertumbuha­n IPP susut kepada 2.8 peratus tahun ke tahun daripada 4.6 peratus tahun ke tahun pada April 2018 disebabkan tempoh bekerja yang singkat susulan Pilihan Raya Umum Ke-14.

Selain itu, StanChart berkata sektor perlombong­an disokong oleh peningkata­n pengeluara­n minyak mentah (3.4 peratus tahun ke tahun), didorong harga minyak yang lebih tinggi.

“Namun, sektor itu dijangka dipengaruh­i penurunan pengeluara­n minyak sawit mentah (MSM) pada 7.8 peratus tahun ke tahun disebabkan harga MSM yang lebih rendah. Pengeluara­n kereta penumpang susut 7.5 peratus tahun ke tahun dan mungkin juga menjejaska­n pertumbuha­n IPP keseluruha­n,” kata firma penyelidik­an itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia