Utusan Borneo (Sabah)

KSL Hotel and Resort sasar jualan RM7 juta pada tahun ini

-

JOHOR BAHRU: KSL Hotel and Resort menyasarka­n jualan sebanyak RM7 juta pada tahun ini melalui pembukaan cawangan baharu, KSL Hot Spring Resort @ Daya di sini yang mula beroperasi sepenuhnya kelmarin.

Pengarah Pemasaran dan Jualan KSL Hotel and Resort Johor Bahru, Siti Falisha Sheikh Zubir berkata KSL Hot Spring Resort @ Daya merupakan hotel pertama di negara ini yang menyediaka­n kelengkapa­n kemudahan kolam air panas.

Katanya air panas dibekalkan khas dari kolam air panas Jasin, Melaka yang dirawat semula untuk memastikan pengunjung dapat merasai sendiri khasiat mineral semula jadi.

“Kerja-kerja pembinaan hotel ini bermula pada 2016 dan siap sepenuhnya bulan lepas dengan tapak binaan seluas 2.4 hektar.

“Hotel setinggi 20 tingkat ini dilengkapi sebanyak 308 bilik iaitu kategori superior, deluxe, premier dan executive suite.

“Sasaran kita adalah warga Singapura selain pekerja syarikat swasta berhampira­n, penjawat awam dan pengusaha taman tema atau hotel lain yang mahu menggunaka­n hotel ini sebagai kawasan hentian mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian KSL Hot Spring Resort @ Daya, kelmarin.

Siti Falisha berkata, hotel itu terletak di kawasan strategik iaitu 16 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai dan lapan km dari pusat bandar Johor Bahru serta taman tema dan pusat beli-belah yang lain.

“Kita ada menyediaka­n perkhidmat­an shuttle bus ke IKEA Tebrau, Aeon Jusco Tebrau dan Bandar Dato’ Onn selain KSL City Mall serta Taman Tema Air Dinosaur Alive.

“Oleh itu, ini (KSL Hot Spring Resort @ Daya) merupakan lokasi strategik untuk pengunjung yang datang bercuti bersama keluarga.

“Kita tidak mahu dilihat sebagai hotel kelas bisnes tetapi lebih kepada hotel untuk berehat dan rekreasi kerana walaupun berada di kawasan bandar, pengunjung boleh menikmati kemudahan seperti kolam air panas, gym, sauna dengan ruang minuman terbuka berhadapan kolam renang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia