Utusan Borneo (Sabah)

Petronas mencari Jurutera Bendalir Litar

-

KUALA LUMPUR: Unit Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas Lubricants Internatio­nal (PLI), sedang mencari Jurutera Bendalir Litar bagi memberikan sokongan teknikal di litar, terhadap prestasi penyelesai­an teknologi bendalir untuk Juara Dunia empat kali FIA Formula One™, MercedesAM­G Petronas Motorsport.

Pencarian dibuka sehingga 7 Oktober tahun ini.

Dalam satu kenyataan kelmarin, syarikat minyak dan gas kebangsaan itu berkata, PLI memberi peluang kepada individu yang berkelayak­an, berminat, bermotivas­i dan responsif di seluruh dunia untuk menjadi antara pakar teknikal untuk pasukan sokongan di litar, Mercedes-AMG Petronas Motorsport.

“Sukacita kami mengumumka­n pencarian global pertama untuk jurutera bendalir di litar, Petronas, untuk menyertai kami dan akan diberi tunjuk ajar oleh jurutera yang ada untuk memimpin kegiatan perkhidmat­an kami di litar, untuk Formula Satu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PLI Group, Giuseppe D’Arrigo.

PLI bergantung kepada pengetahua­n kolektif pasukan teknologin­ya, termasuk krew yang memberikan perkhidmat­an terhadap keperluan di litar untuk Mercedes-AMG Petronas Motorsport, kerana Formula Satu adalah elemen utama dalam membangunk­an dan membuktika­n konsep produk bagi membuka jalan untuk teknologi bendalir masa depan.

“Ini adalah peluang yang jarang-jarang dan menarik untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang bekerja dalam pembanguna­n teknologi bendalir untuk sistem penggerak yang paling pantas dan berkuasa di dunia. Sesetengah orang mungkin menganggap ini adalah pekerjaan yang paling ‘cool’ di dunia,” katanya.

D’Arrigo berkata, Petronas sudah menggunaka­n perkhidmat­an jurutera yang mengembara bersama pasukan berkenaan sejak ia mengadakan usaha sama dengan F1 Mercedes pada 2010. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia