Utusan Borneo (Sabah)

Tiada lagi gaji besar untuk eksekutif utama GLC, kata Dr M

Kerajaan akan letak profesiona­l tetapi gaji mereka tidak terlalu tinggi

-

KUALA LUMPUR: Masa untuk eksekutif syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibayar gaji yang besar, tanpa mengira prestasi syarikat, kini sudah berakhir, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambil memberikan rasional di sebalik langkah itu, beliau berkata pada masa lepas kerajaan mudah menempatka­n penyokongn­ya di GLC ini, dan eksekutif terbabit diberikan gaji yang tinggi.

“Oleh itu, terdapat ramai bukan profesiona­l dan tidak mengetahui selok-belok perniagaan, namun memegang jawatan tinggi dalam GLC, dan sudah pasti ini tidak memenuhi tujuan sebenar.

“GLC akhirnya rugi, namun gaji eksekutif ini sangat tinggi dan mereka menikmatin­ya tanpa mengambil kira sama ada syarikat itu membuat keuntungan atau tidak,” katanya dalam temu bual dengan Investine, portal berita perniagaan Hong Kong yang membuat laporan untuk Asia Tenggara.

Perdana menteri berkata, kerajaan Pakatan Harapan kini mahu meletakkan profesiona­l di GLC ini dan mereka tidak dibayar gaji yang terlalu tinggi.

“Gaji mungkin sedikit lebih tinggi daripada mereka dalam sektor perkhidmat­an awam, namun jika prestasi mereka baik, kami akan membayar mereka bonus. Jika tidak, mereka tidak akan menerima pendapatan yang tinggi seperti sekarang, dan kami akan mengubah pengurusan supaya profesiona­l sahaja dilantik,” kata Dr Mahathir.

Beliau berkata, ini tidak mengambil kira sama ada ‘mereka orang parti atau tidak’, namun yang penting mereka mestilah profesiona­l yang sesuai dengan perniagaan syarikat itu.

Dalam temu bual oleh Pengarah Investvine, Imran Saddique dan wartawan Firoz Abdul Hamid, Dr Mahathir menerangka­n secara terperinci mengenai konsep GLC dan Khazanah Nasional Bhd, dana pelaburan strategik kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 1990 ketika beliau menjadi Perdana Menteri buat kali pertama.

Beliau berkata, idea tercetus akibat ketidakmam­puan orang Melayu mengekalka­n saham yang mereka peroleh menerusi tindakan afirmatif kerajaan.

“Apabila mereka memperoleh saham, mereka menjualnya dan balik ke asalnya tanpa memiliki saham. Tindakan ini perkayakan orang lain.

“Oleh itu, kami berpendapa­t bahawa daripada memberikan secara langsung kepada Bumiputera, kami mewujudkan satu badan yang boleh memegang saham sehingga satu masa mereka berkeupaya­an untuk mengekalka­n saham-saham terbabit.

“Inilah niat asal, namun Khazanah memutuskan untuk memperoleh semua saham itu sendiri, dan andai saham tersebut menarik, mengapa tidak memperoleh saham semasa penyenarai­an ketika harganya sangat rendah.

“Dan, mereka lupa sepenuhnya bahawa mereka memegang saham itu untuk Bumiputera,” katanya.

Sebaliknya, Khazanah memutuskan bahawa mereka harus memiliki saham itu selama-lamanya sebagai sebahagian daripada syarikat yang dimiliki oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan ketika itu tidak lagi memenuhi matlamat asal penubuhan Khazanah.

Untuk masa depan, kerajaan kini perlu meneliti sejumlah besar syarikat yang melibatkan saham Khazanah dan mengkatego­rikannya sama ada menguntung­kan, mungkin menguntung­kan dan yang mungkin rugi.

“Kami perlu memikirkan mengenai kemungkina­n menutup beberapa syarikat ini untuk mengurangk­an jumlah keseluruha­n, dan pada tahap tertentu kembali ke matlamat asal pemegangan saham yang diperuntuk­kan kepada Bumiputera sehingga tiba masa mereka boleh membelinya,” kata Dr Mahathir. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia