Utusan Borneo (Sabah)

Keunikan, keindahan desa di Malaysia dalam ‘Uniknya Desaku’ di TV Okey

-

KEUNIKAN dan keindahan desa-desa di seluruh negara dikongsika­n bersama penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam sebuah program travelog terbaharu bertajuk ‘Uniknya Desaku’ mulai 10 Julai (hari ini), setiap Selasa, jam 2.00 petang di TV Okey (Astro 109).

Menampilka­n hos Adib Azham, 13 episod program ini membawa kita menjelajah dan menikmati suasana keindahan dan keunikan sesebuah desa yang terpilih.

Menariknya dalam program ini penonton berpeluang berkongsi resipi istimewa, aktiviti dilakukan penduduk, mempelajar­i kesenian ukiran kayu, dan mengetahui kepelbagai­an herba serta tentang khasiat dan penyakit yang boleh diubatinya.

Pernahkah anda mendengar tentang kewujudan Nasi Apolo Pulau Pinang?

Menerusi episod pertama siarannya, hos membawa kita memasak dan menikmati keunikan Nasi Apolo bersama Chef Pak Tih (Ibrahim) di Kepala Batas, Pulau Pinang. Chef Pak Tih juga seorang tukang urut. Beliau juga belajar dengan Pak Andak (Chef Rendang Tok) menyediaka­n minuman Akar Seruntun yang ada banyak kegunaan dan faedahnya.

Kunjungan ke Rumah Antik & Banglo Wakaf Lereng Bukit, Langkawi membawa Adib Azham menikmati keunikan dan keindahan koleksi barangan antik di dalam rumah antik kepunyaan Hj Ahmad. Prof. Tazali menerangka­n konsep binaan Banglo Wakaf Lereng Bukit dan isterinya menunjukka­n lukisan dan rekaan bahanbahan semula jadi dengan keunikan yang terdapat di Langkawi.

Rancangan Uniknya Desaku ini meneruskan pengembara­an ke Tg. Kepah dan Teluk Senangin, Perak untuk mencari ketam tanah (Yuk Yuk – nama tempatan), siput remis, siput sudu, siput gayam, siput kemudi dan kerang.

Seterusnya ke Teluk Senangin, Perak menangkap Udang Lipan dan Udang Kertas. Kemudian bersama Chef Sharry memasak ‘butter prawn’ yang telah ditangkapn­ya.

Di utara kunjungan mereka singgah di Ladang Dalam Taman, Sedim Kedah dan Kubang Menerong, Pulau Pinang, dua tempat yang unik dengan konsep ‘ladang dalam taman’. Lawatan yang pertama ialah Taman Ikan di Sedim, Kedah yang membela ikan tilapia di rumah kediaman Hj. Ahmad dan dijual secara komersial.

Kemudian menikmati masakan ‘Tilapia Bakar’ dan ‘Talapia masak Tomyam’ yang disediakan khas oleh Hj. Ahmad terus dari kolam. Turut dikunjungi Projek Perintis Industri Ternakan Ayam Piru, Kubang Menerong, Pulau Pinang dimiliki oleh Pak Andak Hashim (Hashim Ayob) untuk memahami secara lanjut ternakan Ayam Piru.

Chef Sharry memasak hidangan Ayam Piru Masak Merah dengan sumbangan Ayam Piru segar oleh Pak Andak Hashim. Mereka semua menikmati hidangan yang unik ini penuh selera.

Tambah menarik perkongsia­n di Rumah Rakit, Pasar Tani, Beca Hiasan, Temerloh, Pahang membawa para penonton ke Kg Pangsenam untuk menaiki Rumah Rakit Temerloh yang dibina khas untuk memancing Udang Galah Sepit Biru dan Sepit Kuning.

Penonton berpeluang menyaksika­n pertanding­an dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang pertanding­an memancing udang galah. Kemudian hos mengunjung­i Pasar Tani terbesar di Semenanjun­g Malaysia yang terletak di Waterfront, di tepi Sungai Temerloh.

Di sini para pengunjung boleh menyaksika­n dan menikmati berbagai-bagai jenis barangan, tanaman, buah-buahan, kuih muih dan makanan yang unik. Hos selepas itu menaiki sebuah beca hiasan khas milik Mohd Azizi untuk mengelilin­gi bandar Temerloh.

Episod berikutnya tentang ukiran illusi rasa yang memaparkan hos membawa penonton ke Aku Art di Pulau Langkawi untuk mempelajar­i kesenian ukiran kayu bersama dengan Khairul Annuar Bin Baharom. Hos kemudian melawat Omar Ali seorang Penganyam Bakul OKU dan menyaksika­n bakulbakul yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk dengan keunikan masing-masing.

Dalam episod Nasi Dagang Pak Malau & Herbawalk, Pulau Langkawi kongsikan pengisian tentang Restoran Nasi Dagang Pak Malau dan menikmati masakan Nasi Dagang Pak Malau juga hidangan makanan yang sedap di kelilingi dengan sawah padi yang luas dan bukit kehijauan yang begitu indah.

Adib Azham mengunjung­i Herbawalk, di Jalan Ayer Hangat, Langkawi mengandung­i 500 spesies herba kepunyaan Doktor Ghani Hussain, seorang Mantan Pakar Saraf & Penyelidik Tanaman Herba Malaysia. Doktor Ghani menerangka­n beberapa jenis herba tentang khasiat dan penyakit yang boleh diubatinya.

Ikuti juga tajuk Homestay, Udang Kara Darat & Ghazal Parti, Pulau Pinang yang memaparkan hos membawa kita ke ‘suasana keunikan rumah kampung lama’ di Homestay Norhalijah, Machang Bubuk, Pulau Pinang untuk memancing ikan air tawar tilapia, bawal pirana, jeli, patin dan sebagainya.

Ikuti lebih banyak lagi episod menarik ‘Uniknya Desaku’ di TV Okey.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia