Utusan Borneo (Sabah)

Seniwati Salmah Ahmad kongsi kisah seram di lokasi filem ‘Pontianak’

-

SENIWATI Salmah Ahmad hampir menarik diri dari bidang lakonan berikutan pengalaman yang menakutkan semasa di lokasi penggambar­an filem ‘Pontianak’ pada 1957.

Salmah atau nama sebenar Salmah Lagio yang terkenal pada tahun 1950an dan 1960an, mengimbau kembali pengalaman yang mengerikan semasa membuat persiapan melakonkan watak sebagai anak Pontianak dalam filem tersebut di tanah perkuburan Cina di Tempinis, Singapura.

“Waktu itu saya baru sahaja duduk di atas busut sambil mengeluark­an barang dari beg saya. Tibatiba muncul makhluk yang berbadan besar dan tinggi dengan memakai kain pelikat dan mengenakan selempang di hadapan saya.

“Ia memarahi saya dan menyuruh saya beredar dari situ dengan nada yang tinggi. ‘Jangan duduk di situ (busut)’, katanya. Saya pun terus mengangkat beg dan bergegas lari ke arah kru produksi yang berada tidak berapa jauh dari situ.

“Yang peliknya saya sahaja yang nampak makhluk itu yang berupa manusia, kru produksi menasihatk­an saya supaya tidak menegur apa-apa jika terpandang sesuatu yang menakutkan,” kata Salmah kepada Bernama ketika ditemui di majlis Hari Raya Aidilfitri Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KISAH TRAGIS

“Tanah perkuburan itu mempunyai kisah tragis di mana ramai penduduk berbangsa Cina mati dibunuh oleh askar Jepun dan dilonggokk­an di kawasan busut itu,” kata Salmah.

Filem ‘Pontianak’ arahan BN Rao dari Cathay Keris, syarikat penerbitan Singapura, dikatakan filem seram Melayu pertama yang mendapat sambutan hangat dengan menampilka­n primadona filem Melayu ketika itu iaitu Datuk Maria Menado (sebagai Pontianak) dan M. Amin.

Filem ini mendapat sambutan luar biasa sehingga berjaya menyertai Festival Filem Asia Pasifik di Tokyo, Jepun pada tahun sama.

Salmah, 82, yang masih anggun, berkata, beliau terpilih untuk membintang­i filem tersebut ketika berusia 17 tahun. Sebelum itu, beliau memenangi Ratu Cantik yang dianjur oleh UMNO Johor Bharu.

Salmah berkata beliau pada mulanya berhasrat untuk tidak meneruskan berlakon tetapi terikat dengan dua lagi siri filem tersebut iaiatu ‘Dendam Pontianak’ (1957) dan ‘Sumpah Pontianak’ (1958).

DALAM HUTAN

“Penggambar­an bagi setiap filem ‘Pontianak’ itu dijalankan selama tiga bulan dari 6 petang sehingga pagi dan kesemuanya di dalam hutan,” katanya.

Selepas kontraknya dengan Cathay Keris tamat pada 1960, Salmah menyertai Studio Merdeka yang bertempat di Hulu Kelang, Selangor yang baru sahaja dibuka.

Filem pertama beliau bersama Studio Merdeka ialah ‘Tun Teja’ yang diarah oleh L. Krishnan dan diikuti dengan ‘Keris Sempena Riau’, ‘Selendang Merah’,

‘Siti Payung’, ‘Ibu Ayam’ dan ‘Anak Manja’.

Lain-lain termasuk ‘Orang Minyak’, ‘Jula Juli Bintang Tiga’ dan ‘Rasa Sayang Eh’.

Filem terakhir beliau ialah ‘Tun Mandan’ arahan Salleh Ghani pada 1964, sebelum bersara dari dunia lakonan pada 1968. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? SENIWATI Salmah Ahmad (kanan) bersama penulis (tengah) dan penyanyi veteran Rozita Rohaizad di majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Karyawan barubaru ini. — Gambar Bernama
SENIWATI Salmah Ahmad (kanan) bersama penulis (tengah) dan penyanyi veteran Rozita Rohaizad di majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Karyawan barubaru ini. — Gambar Bernama
 ??  ?? SENIWATI Salmah Ahmad terkenal dengan lakonannya dalam tiga siri Pontianak (1957-1958) arahan BN Rao. — Gambar Bernama
SENIWATI Salmah Ahmad terkenal dengan lakonannya dalam tiga siri Pontianak (1957-1958) arahan BN Rao. — Gambar Bernama
 ??  ?? PRESIDEN Karwayan Datuk Freddie Fernandez meraikan anak-anak yatim di Majlis Hari Raya Aidilfitri Karyawan baru-baru ini. — Gambar Bernama
PRESIDEN Karwayan Datuk Freddie Fernandez meraikan anak-anak yatim di Majlis Hari Raya Aidilfitri Karyawan baru-baru ini. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia