Utusan Borneo (Sabah)

Kes bunuh bayi: Reman pengasuh disambung seminggu lagi

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Selayang di sini pada Selasa melanjutka­n tempoh tahanan reman selama seminggu lagi ke atas seorang wanita berhubung kes bayi lelaki berusia lima bulan yang ditemukan mati di rumah pengasuh di Kampung Nakhoda, Batu Caves, di sini.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri mengeluark­an perintah reman itu bermula hari ini hingga 17 Julai selepas membenarka­n permohonan polis untuk melanjutka­n tempoh tahanan reman terhadap pengasuh wanita berusia 33 tahun itu.

Rabu lepas, pengasuh itu bersama-sama lagi seorang wanita berusia 36 tahun direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes bunuh bayi Adam Rayqal Mohd Sufi. Tempoh tahanan reman mereka berdua berakhir pada Selasaini.

Pihak polis yang ditemui di mahkamah mengesahka­n suspek wanita berusia 36 tahun itu akan dibebaskan pada Selasa dengan jaminan polis.

Selasa lepas, Adam Rayqal dilaporkan hilang dari rumah pengasuhny­a di Kampung Nakhoda, Batu Caves di sini sebelum mayatnya ditemukan oleh anggota polis di dalam bahagian sejuk beku peti ais di rumah sama lewat malam hari kejadian.

Susulan itu, pengasuhny­a dan seorang lagi wanita ditahan pada hari sama dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes kematian bayi berkenaan.

Hasil bedah siasat pakar forensik Hospital Kuala Lumpur mendapati punca kematian Adam Rayqal adalah akibat pendarahan dalaman di bahagian otak dengan kesan retak di bahagian tempurung kepala.- Bernama

 ?? - GambarBERN­AMA ?? TEMPOH tahanan reman ke atas seorang wanita berhubung kes bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi berusia lima bulan yang ditemui mati di rumah pengasuh di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves dilanjutka­n seminggu lagi bermula hari ini.
- GambarBERN­AMA TEMPOH tahanan reman ke atas seorang wanita berhubung kes bayi lelaki Adam Rayqal Mohd Sufi berusia lima bulan yang ditemui mati di rumah pengasuh di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves dilanjutka­n seminggu lagi bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia