Utusan Borneo (Sabah)

CABARAN KINI LEBIH SUKAR

Untuk tangani gejala rasuah berbanding 1981

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui cabaran menangani rasuah dan salah guna kuasa pada masa kini lebih mencabar berbanding ketika beliau pertama kali dilantik sebagai perdana menteri pada tahun 1981.

Dr Mahathir berkata ketika mengambil alih tampuk pemerintah­an negara 37 tahun dahulu, jentera kerajaan pada ketika itu dilihat hampir bersih daripada gejala rasuah, tidak seperti masa kini.

Beliau mendakwa tindakan seorang bekas perdana menteri ‘mempromosi­kan’ rasuah melalui kenyataan ‘cash is king’ atau ‘wang itu raja’ mengakibat­kan habis jentera kerajaan terlibat.

“Kita kena pilih, tapis sebelum kita ambil tindakan. Kalau kita syak, kita tidak boleh buang semua pegawai kerajaan yang kita syak (terlibat rasuah) kerana yang demikian kita tiada jentera untuk melaksanak­an tugas dan arahan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaik­an perutusan pada Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini pada Selasa, yang dihadiri hampir 160 anggota Parlimen Pakatan Harapan (PH) serta anggota pentadbira­n kerajaan termasuk jemaah menteri.

Dr Mahathir yang menyambut ulang tahun ke-93 pada Selasa turut menerima ucapan Selamat Hari Lahir selepas menyampaik­an perutusan pada sesi taklimat itu daripada tetamu yang hadir.-Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? DR Mahathir (dua kiri) ketika sidang media selepas hadir pada majlis Perutusan Khas sempena Program Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa. Turut sama Timbalan Perdana...
GambarBern­ama DR Mahathir (dua kiri) ketika sidang media selepas hadir pada majlis Perutusan Khas sempena Program Taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa. Turut sama Timbalan Perdana...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia