Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat Kudat bakal nikmati limpahan ekonomi: Jaujan

- Oleh YAP SIONG HAN

KUDAT: Masyarakat Kudat bakal menikmati limpahan ekonomi selepas kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) melaksanak­an 13 teras yang dijanjikan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong berkata, beberapa lokasi di Kudat kini dilihat masyarakat dunia sebagai kawasan termiskin dan perkara itu tidak boleh berterusan.

“Berikutan itu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sini iaitu Ben Chong (Tanjong Kapur) dan Mohammad Mohamarin (Banggi) masing-masing memegang jawatan sebagai Pembantu Menteri Perdaganga­n dan Perindustr­ian serta Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi.

“Mereka memainkan peranan penting dalam usaha membantu kerajaan bagi membangunk­an daerah Kudat,” katanya pada Majlis Kesyukuran Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Masyarakat Kudat, di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, Kudat juga bakal menjadi tumpuan pelabur-pelabur utama dunia apabila pelabuhan terbesar di Malaysia siap dibina di daerah itu. Bersambung di muka A2

 ??  ?? JAUJAN bersalaman dengan masyarakat setibanya untuk merasmikan Majlis Kesyukuran Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Masyarakat Kudat anjuran Parti Warisan Kudat. Turut sama, Ben Chong dan Mohammad Mohamarin.
JAUJAN bersalaman dengan masyarakat setibanya untuk merasmikan Majlis Kesyukuran Rumah Terbuka Aidilfitri Bersama Masyarakat Kudat anjuran Parti Warisan Kudat. Turut sama, Ben Chong dan Mohammad Mohamarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia