Utusan Borneo (Sabah)

Isu Zakir Naik, k’jaan tidak perlu mudah tunduk kepada desakan

-

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak perlu mudah tunduk kepada desakan berhubung isu pendakwah bebas Zakir Naik kerana perlu mempertimb­angkan pelbagai faktor termasuk undangunda­ng, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas desakan sesetengah pihak supaya Zakir dihantar pulang ke negara asalnya India, Dr Mahathir berkata : “Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab kita respon kepada manamana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undangunda­ng ataupun tidak. Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa.”

Dalam sidang media selepas menyampaik­an perutusan pada taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah di ibu pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Selasa, Dr Mahathir ditanya mengenai cadangan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P. Ramasamy supaya Zakir dihantar pulang ke India supaya hubungan Malaysia dengan negara itu tidak terjejas.

Sebelum ini beberapa portal berita melaporkan Zakir akan dihantar pulang ke India.

Zakiryangd­idakwaterb­abit dengan serangan pengganas di Dhaka serta pengubahan wang haram meninggalk­an India pada 2016.

Kerajaan India telah membatalka­n pasport Zakir setelah beliau banyak kali mengabaika­n permintaan agar hadir di Badan Penyiasat Kebangsaan India bagi membantu siasatan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia