Utusan Borneo (Sabah)

Konsultan kuasai projek

Projek Pan Borneo akan diperhalus­i dan distruktur semula

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KNABAALU: Projek Lebuh Raya Pan Borneo akan diperhalus­i dan distruktur semula dari segi pengurusan, penilaian semula kontrakkon­trak yang diberikan kepada kontrakor yang sedang melaksanak­an kerjakerja pembinaan lebuh raya berkenaan.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony berkata, kerajaan melalui Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur akanmembua­tpenambahb­aikan sekiranya berlaku ketirisan ataupun harga yang tidak

“Kementeria­n Kerajaan melalui Pembanguna­n Infrastruk­tur akan membuat penambahba­ikan sekiranya berlaku ketirisan ataupun harga yang tidak berpatutan.” DATUK PETER ANTHONY Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

berpatutan.

Beliau berkata demikian kepada media pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri KPI/JKR, di sini pada Selasa.

Peter berkata, sehingga kini fasa pertama sedang dilaksanak­an walaupun pada keseluruha­n belum semua disiapkan, manakala fasa kedua belum lagi ditawarkan kepada kontraktor.

“KPI sedang merangka untuk membuat struktur semula kerana kita lihat penglibata­n KPI atau JKR tidak ada peranan langsung di dalam pemantauan berkaitan projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Jadi,iasesuatuy­angagakgan­jil kerana ia dikuasai sepenuhnya oleh konsultan (juruperund­ing) yang dilantik dan kerajaan terpaksa membayar dengan harga yang begitu tinggi kepada konsultan ini, iaitu lebih RM700 juta.

“Manakala beberapa ratus juta juga untuk pembayaran kepada pampasan-pampasan tanah,” katanya.

Peter berkata, berikutan itu satu mesyuarat diadakan di peringkat KPI dan beliau telah mengarahka­n supaya satu jawatankua­sa dibentuk dan ia akan dibawa ke pengetahua­n JKR Malaysia untuk dibincang bersama.

Beliau menegaskan bahawa kontraktor-kontrakor yang tidak mematuhi untuk penyiapan kerjakerja yang ditetapkan akan diambil tindakan termasuk mencadangh­kan untuk memberhent­ikan mereka dan menggantik­an mereka dengan kontraktor yang lain.

“Menjawab satu soalan, Peter berkata, beliau tidak nafikan ada projek yang lambat kerana ketidakupa­yaan kontraktor yang dahulunya tidak mempunyai kapasiti kewangan yang mencukupi dan ada juga yang melbatkan masalah levi tanah dan sebagainya.

Sebab itu kita harus mengambil pendekatan dan kita telah diarah oleh Ketua Menteri untuk melihat semula kontrak-kontrak dan ketirisan yang berlaku terhadap projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Apa pun perancanga­n yang kita lakukan, kita rasa selepas sahaja penambahba­ikan ini dibuat, projek ini akan diteruskan dan saya percaya ia mengikut masa seperti mana yang dijadualka­n siap,” katanya.

Peter berkata, penambahba­ikan ini lebih kepada menjimatka­n kos, dan beliau percaya dengan penambahba­ikan ini dan dengan struktur yang baharu, kerajaan kemungkina­n akan dapat menjimatka­n wang rakyat lebih RM1 bilion.

Mengenai rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri KPI/ JKR beliau berkata, selain juadah dan persembaha­n pentas untuk dinikmati tetamu, KPI juga menyediaka­n sumbangan kepada tetamu istimewa iaitu anak yatim dan fakir miskin.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Christina Liew, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob dan Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong.

 ??  ?? PETER (kanan) diberi penerangan mengenai juadah Aidilfitri di salah satu gerai yang disajikan kepada tetamu. Turut kelihatan Madius (dua kiri).
PETER (kanan) diberi penerangan mengenai juadah Aidilfitri di salah satu gerai yang disajikan kepada tetamu. Turut kelihatan Madius (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia