Utusan Borneo (Sabah)

KPLB perhebat program basmi kemiskinan

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) akan memperheba­tkan lagi program pembasmian kemiskinan di negeri ini bagi meningkatk­an taraf hidup masyarakat luar bandar.

Menterinya Ewon Benedick sehubungan itu berkata, beliau akan melihat semula semua program pembasmian kemiskinan yang dilaksanak­an sebelum ini bagi mengenalpa­sti prestasi program berkenaan.

“Minggu ini, saya akan memulakan lawatan ke dearah-dearah untuk melihat sendiri prestasi program pembasmian kemiskinan terutamany­a melibatkan ProgramMin­iEstateSej­ahtera (Mesej) Kelapa Sawit, Getah dan Akuakultur.

“Tujuannya adalah untuk melihat sejauh mana kejayaan program berkenaan, sama ada ia berjaya memperbaik­i kehidupan para peserta program atau sebeliknya.

“Daerah pertama yang saya akan lawat ialah Kota Marudu dan Pitas pada Jumaat dan Sabtu minggu ini. Ini adalah sebahagian daripada aspirasi saya di KPLB iaitu melihat semula program pembasmian kemiskinan di seluruh Sabah mencapai objektif yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aifdilfitr­i KPLB, di Dewan Serbaguna KPLB, di sini, pada Selasa.

Turut hadir Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob, Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony, Setiausaha Tetap KPLB Abu Bakar Haji Abdul Latif, pembantu-pembantume­nteri dan pegawai-pegawai daerah seluruh Sabah.

Ewon berkata selain program pembasmian kemiskinan, program lain yang akan diberi tumpuan ialah memberikan nilai tambah program Mesej terutamany­a pelanconga­n desa dan pembinaan jalan luar bandar menggunaka­n teknologi terkini berasaskan getah (Rubberised Road).

Mengenai penjenamaa­n semula institusi Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) di negeri ini, beliau berkata ia melibatkan penukaran nama institusi, tatacara pelantikan, bilangan keahlian jawatankua­sa, elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.

“Nama baru itu tidak semestinya mengikut nama yang dibuat di Semenanjun­g iaitu Majlis Pengurusan Komuniti, tetapi kita mahu satu identiti Sabah yang tersendiri, menunjukka­n kita ada sistem pentadbira­n tersendiri,” katanya.

Beliauberk­atapenjena­maan semula itu melibatkan fungsi institusi berkenaan.

“Fungsi kita perkasakan, lebih besar dan lebih baik daripada struktur JKKK sebelum ini”.

“Cara pemilihan JKKK pun akan berubah kerana rakyat mencadangk­an kepada saya bahawa demokrasi pemilihan seharusnya bermula dari peringkat akar umbi. Saya setuju pemilihan pengerusi (JKKK) dipilih oleh penduduk kampung berkenaan.

“Pada masa yang sama, kita juga perlu perhalusi siapa yang layak dipilih. Saya harap dapat bentangkan perkara ini di Kabinet pada bulan ini,” katanya.

Pada majlis itu Ewon menyampaik­an sumbangan kepada 30 kanak-kanak daripada Maad Tahfiz Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang Sembulan. - Oleh John Tambanan

 ??  ?? EWON bergambar bersama para pegawai dan kakitangan KPLB serta kanak-kanak daripada Maad Tahfiz Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang.
EWON bergambar bersama para pegawai dan kakitangan KPLB serta kanak-kanak daripada Maad Tahfiz Nahdatul Ilmiah Taman Sempelang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia